KENYATAAN MEDIA MAJLIS PAKATAN RAKYAT SABAH MENGENAI ISU PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

images
Tarikh: 12 Mac 2013

Terlebih dahulu , Majlis Pakatan Rakyat Sabah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga perwira negara serta berdoa semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan kami berdoa agar mereka yang tercedera cepat sembuh.
Hari ini pada 12 Mac 2013, Majlis Pakatan Rakyat Sabah telah mengadakan mesyuarat khas membincangkan tragedi pencerobohan di Lahad Datu.

Justeru itu, selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Sabah, kami telah membuat keputusan secara sebulat suara dan menuntut seperti berikut.

Majlis Pakatan Rakyat Sabah

1. Meminta Kerajaan Pusat memberikan penjelasan kenapa kumpulan penceroboh dapat membolosi sisitem pertahanan negara dengan begitu mudah di Sabah.

2. Mendesak Datuk Musa Aman selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri membentangkan kertas putih dalam Sidang Dewan Undangan Negeri secepat mungkin. Majlis Pakatan Rakyat Sabah menyokong tindakan ADUN DAP Sri Tanjung Yb Jimmy Wong Sze Phin yang meminta sidang dewan undangan negeri khas diadakan dengan segera.

3. Menyokong keputusan Pakatan Rakyat Pusat untuk mendesak sidang khas Parlimen dijalankan bagi membincangkan isu pencerobohan ini.

4. Mendesak diadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan kerajaan negeri dengan pimpinan pembangkang dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.

5. Meminta Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak menjelaskan agenda sebenar pertemuan DS Najib B Tun Razak  dengan pihak-pihak  yang mendakwa mereka itu “sultan sulu” atau wakil-wakil mereka yang dijemput ke perhimpunan agung UMNO dan majlis-majlis lain.

6. Meminta kerajaan pusat dan negeri untuk menjelaskan kepada rakyat Sabah status tuntutan kesultanan di atas sebahagian negeri Sabah dan kenapa bayaran tahunan masih diteruskan.

7. Mendesak supaya Dato Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri, Dato Seri Hishamuddin Hussien selaku Menteri Dalam Negeri & Dato Seri Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan dan Datuk Musa Aman selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri  untuk meletak jawatan di atas kegagalan mereka menghalang dan menangani tragedy ini sehingga menyebabkan nyawa perwira Negara terkorban, kerosakan harta benda dan ekonomi terjejas.

8. Menafikan tunduhan Ketua Pembangkang – Dato Seri Anwar Ibrahim adalah dalang di sebalik pencerobohan di Lahad Datu.

Sdr Ahamd Thamrin Jaini    -Pengerusi PKR Sabah selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Sabah
Yb Jimmy Wong    -Pengerusi DAP Sabah
Yb DSP Lajim Ukin     -Presiden PPPS
Yb DSP Wilfred Bumburing     -Presiden APS
Sdr Aminudin Aling-  Pesuruhjaya PAS Sabah

Advertisements

Leave a comment

Filed under Pakatan Rakyat, PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s