Sidang meja bulat JK Bertindak Kedaulatan 18 Mac

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak Kedaulatan, Keselamatan Negara dan Rakyat yang baru ditubuhkan oleh PAS akan mengadakan sidang meja bulat pada 18 Mac ini.

images

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, sidang tersebut akan membincangkan isu berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara khususnya berhubung pencerobohan rakyat asing di perairan negara.

Sidang meja bulat tersebut akan mengumpulkan pandangan pakar-pakar dari kalangan bekas-bekas pegawai tinggi polis dan tentera, bekas pegawai kerajaan dan veteran politik.

“Jawatankuasa ini ditubuhkan rentetan daripada kes pencerobohan di Sabah dan kita melihat satu keperluan untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menjamin keselamatan rakyat dan anggota keselamatan kita.

“Kita melihat ‘ada sesuatau yang tidak kena’ dengan kes di Lahad Datu jadi kita cuba untuk mencari penyelesaian terbaik bagi membantu kerajaan,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankausa tersebut, semalam.

Selain timbalan pengerusinya, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia, Datuk Fauzi Shaari, jawatankuasa tersebut turut dianggotai oleh bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah, Pengerusi Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (Kerabat), Leftenan Kol (B) Nazari Mokhtar serta beberapa orang pakar dalam bidang kententeraan.

Mahfuz berkata, kesemua anggota jawatankuasa bersedia memberikan komitmen untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka.

“Rata-rata mereka ini mempunyai kemahiran dalam ketenteraan dan perairan negara dan jawatankuasa akan diberi taklimat dari sudut perisikan dan yang berkaitan keselamatan negara,” katanya.

Justeru beliau berharap sidang meje bulat itu akan menghasilkan resolusi yang berguna bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

Sumber: Harakahdaily

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s