PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU: KENYATAAN AKHBAR PAS KAWASAN TAWAU

197453_104039546347326_6204349_n

KENYATAAN AKHBAR

4 Mac 2013
21 Rabiul Akhir 1434

PAS Kawasan Tawau memandang berat pencerobohan pihak asing di Kampung Tanduo, Felda Sahabat, Lahad Datu yang berlarutan sejak 9 Februari 2013 lagi. Kemelut daripada peristiwa tersebut merebak dengan kejadian berkaitan di Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Kehadiran penceroboh yang lebih 200 orang dengan bersenjata automatik bukan sesuatu yang boleh dibuat endah tak endah.

2. PAS Kawasan Tawau berharap dan memohon agar pihak kerajaan tidak memperjudikan kedaulatan dan keselamatan negara dan kehidupan harian rakyatnya dengan membiarkan kemelut ini berlarutan sehingga kini telah melebihi 20 hari. Kita simpati dengan kesulitan dan kesengsaraan penduduk Kampung Tanduo yang terpaksa menumpang di rumah keluarga dan sahabat handai. Kita juga prihatin dengan kebimbangan yang tidak menentu penduduk Lahad Datu, Kunak dan Semporna khususnya dan seluruh Sabah amnya. Rata-rata pencarian mereka dan rezeki tidak menentu, kerja terus tergendala manakala pendidikan anak-anak sekolah tergendala.

3. PAS Kawasan Tawau yakin kemampuan pihak Keselamatan, Angkatan Tentera dan Pasukan Polis Malaysia dapat menangani kemelut di Kampung Tanduo dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan di Daerah Lahad Datu, Kunak dan Semporna malah seluruh Sabah. Mandat, kekuatan dan semangat yang jitu pada Pasukan Keselamatan kita tidak pernah luntur dan PAS sentiasa bersama mereka dalam menghadapi saat-saat yang mencabar ini.

4. Kita menyeru agar pihak bertanggungjawab menyelesaikan dengan segera isu tuntutan pihak asing ke atas wilayah negara khususnya Sabah. Tidak wajar kita membiarkan kedaulatan Negara menjadi jajaan berlarutan oleh tuntutan pihak-pihak asing apatah lagi ianya menjadi momokan dengan tuntutan pelbagai pihak yang sewenangnya mengaku sebagai pewaris pemerintahan atau penguasa kepada bumi tercinta ini.

5. PAS Kawasan Tawau menyeru semua pihak supaya bertenang dan beri kerjasama kepada pihak Keselamatan, Pasukan Polis dan Angkatan Tentera Malaysia. Insya Allah kita akan selamat dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Kita juga simpati, sedih dan merakamkan takziah kepada semua keluarga pihak keselamatan yang terkorban dan cedera dalam mempertahanklan kedaulatan negara. Kita mendoakan semoga pengorbanan mereka diterima sebagai amal jihad dan mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T. Akhir sekali, kita mendoakan agar kemelut ini dapat diselesaikan segera dan keamanan dipulihkan.

Yang benar,

(Mohamad bin Husain)
Yang Dipertua
PAS Kawasan Tawau.

Advertisements

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s