PENCEROBOHAN: PAS SABAH BINCANG MALAM INI

index

KUALA LUMPUR: PAS Sabah akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan isu keselamatan di Lahad Datu dan Semporna yang menyebabkan lapan kematian anggota keselamatan.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, pihaknya akan merangka beberapa tindakan khusus bagi membantu pihak penguasa menyelesaikan isu tersebut.

“Malam ini PAS Sabah akan mengadakan mesyuarat khusus untuk bincang isu ini.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menangani krisis ini tapi di peringkat kita sendiri mesti ada inisiatif juga,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sementara itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang maut dalam insiden tembakan di Lahad Datu Jumaat lalu.

Ucapan takziah juga dibuat ke atas kematian enam anggota polis dalam kejadian serangan hendap oleh penceroboh di Sempourna, Sabah, semalam.

Malam tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengumumkan enam anggota polis terbunuh dalam satu serang hendap di Semporna.

Anggota keselamatan negara yang terkorban dalam kejadian itu ialah:

1. Superitenden Ibrahim Lebar – Cawangan Khas, Bukit Aman

2. ASP Michael Padel – Cawangan Khas, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna

3. Sarjan Baharin Hamit – Cawangan Khas, Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Sabah

4. Sarjan Aziz Sarikun – Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau

5. Koperal Salam Togiran – IPD Tawau

6. Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran – Batalion 14, PGA Tawau

Sumber: Harakahdaily

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s