PAS kesal bendera BN dipasang di masjid

masjid_bn

KOTA KINABALU: PAS Putatan melalui sayapnya iaitu Urusan Ulamak menyeru agar institusi masjid dan surau di sekitar kawasan Putatan supaya tidak menjadi alat kepada UMNO-BN dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Ini adalah susulan beberapa isu yang menunjukkan bahawa UMNO-BN mengambil kesempatan menggunakan masjid sekitar Kota Kinabalu dengan menggantung kain rentang dan bendera Barisan Nasional seperti yang terjadi di masjid-masjid.

Antaranya Masjid Negeri Sabah (MNS) dan Masjid Al-Aman berdekatan Pasar Filipina di bandar Kota Kinabalu.

Ketua Urusan Ulamak PAS Putatan, Ustaz Shafiq Mohd Ismail berkata tindakan menjadikan masjid sebagai lokasi bagi meraih sokongan politik adalah satu tindakan yang amat terdesak.

Ini sekaligus mencemarkan institusi masjid sebagai pusat penyebaran syariat Islam dengan kehadiran kain rentang dan bendera dari sebuah parti yang tidak menjadikan Islam sebagai dasarnya.

“Bagaimana boleh dibenarkan sebuah parti yang dasarnya bertentangan dengan Islam iaitu sekularisme boleh menggantung kain rentangnya di masjid yang menjadi pusat penyebaran syariat Islam? Ini sesuatu yang tidak masuk akal,” kata Ustaz Shafiq.

Urusan Ulamak PAS Putatan juga melahirkan rasa kebimbangan mengenai kuliyyah-kuliyyah ilmu di Masjid Negeri Sabah (MNS) yang kian dibatalkan dan dihalang hasil tekanan dan desakan dari
UMNO-BN.

Maka, Ulamak PAS Putatan turut menggesa agar pihak pengurusan masjid dan yang berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya secepat yang mungkin bagi menangani masalah-masalah yang dicetuskan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

“Kita melihat Masjid Negeri Sabah yang dahulunya subur dengan majlis dan kuliyyah ilmu kini kian sepi akibat tindakan khianat UMNO-BN.

“Ramai penceramah yang ikhlas menjalankan kerja dakwah kini tidak dapat berbuat demikian di Masjid Negeri Sabah.

“Kita menggesa kepada pihak pengurusan masjid supaya lebih tegas terhadap perkara ini agar UMNO-BN tidak mencemarkan institusi masjid dengan pengaruh dan politik songsang yang diamalkan oleh mereka selama ini,” tambah Ustaz Shafiq lagi.

Sumber: Harakahdaily

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s