Lahad Datu: Kawalan perairan negara perlu diperketat

KUALA LUMPUR: Soal keselamatan di perairan Sabah mula mendapat perhatian apabila sekumpulan bersenjata dari Sulu dengan mudah mendarat di Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari lalu.

Menurut Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling, persoalan yang timbul kini adalah ke mana perginya benteng keselamatan negara yang diuar-uarkan sentiasa diawasi dengan ketat oleh pihak berkuasa.

index
Sehingga katanya, di perairan dan pesisir pantai Sabah disediakan kapal selam untuk tujuan keselamatan.

Episod pencerobohan bersenjata ini katanya, memberi persepsi bahawa tahap kawalan di perairan negara boleh dipertikaikan.

“Kenapa tidak diambil tindakan mengikut undang-undang yang ada dalam negara ini. Mereka datang membawa senjata ianya sudah cukup memberi ancaman kepada rakyat negara ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, hanya kerajaan sahaja yang boleh bertindak ke atas mereka dengan peruntukan undang-undang yang ada.

Jadi, beliau berharap kerajaan mengambil tindakan segera terhadap pencerobohan ini, bukan atas dasar emosi tetapi berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Beliau mengulas kejadian sekumpulan 100 orang yang dikatakan pengikut seorang sultan di Filipina melakukan pencerobohan di Lahad Datu yang kini sedang dikepung pihak berkuasa Malaysia.

Difahamkan pihak polis akan menggunakan saluran perundingan bagi menyelesaikan kemelut pencerobohan itu.

Sementara itu, Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar menangkis tanggapan bahawa polis tidak bertindak dengan tegas ke atas kumpulan penceroboh tersebut.

Katanya, tanggapan seperti itu hanyalah satu andaian namun polis mengetahui “tahu apa yang kita buat”.

“Anda boleh buat andaian, tapi saya nak mengesahkan kita tahu apa kita buat, banyak pertimbangan kita ambil kira untuk kepentingan semua,” katanya dipetik Malaysiakini..

Katanya, pasukannya mahu melihat satu kesudahan yang baik dalam episod kumpulan penceroboh di Lahad Datu dan akan mengusir mereka pulang ke Filipina mengikut saluran undang-undang.

Sumber: Harakahdaily

Advertisements

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s