PAS tubuh cawangan baru di Pulau Gaya

PUTATAN: PAS Kawasan Putatan mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menubuhkan cawangan di Pulau Gaya pada hari ini.
gaya
Penyerahan borang keahlian PAS dilakukan oleh wakil penduduk, Tuan Ahmadi Munaf kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sebagai simbolik penubuhan cawangan PAS Pulau Gaya.

Sebelum itu, dalam ucapan Tuan Ahmadi Munaf berjanji akan memberi penerangan ‘apa itu PAS’ kepada masyarakat setempat agar misi dan visi perjuangan PAS dapat difahami oleh penduduk Pulau Gaya.

Sokongan yang diberikan daripada ahli keluarga beliau banyak membantu untuk menubuhkan cawangan PAS di Pulau Gaya.

Seterusnya, pimpinan PAS Negeri Sabah bersama Husam mengambil kesempatan untuk bertanya masalah yang dihadapi oleh penduduk Pulau Gaya, antara masalah mereka adalah ketiadaan pusat kesihatan (klinik) di kawasan tersebut.

Bekalan air juga menjadi masalah utama penduduk yang terpaksa membeli air dalam tong dari Kota Kinabalu.

Selain itu, penduduk Pulau Gaya juga berharap agar madrasah ta’lim dan kelas fardu ‘ain dapat diadakan di kampung mereka.

Di akhir majlis, pimpinan PAS Negeri Sabah bersama Husam menyampaikan sumbangan beras kepada masyarakat.

Sumber: Harakahdaily

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s