PAS Sabah rakam ucapan takziah kepada Datuk Lajim dan keluarga

Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Pakatan Perubahan Sabah (PPS) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan ahli keluarga Lima orang termasuk dua pasangan suami isteri maut dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanggar, berdekatan bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu di sini, malam kelmarin.

“Bagi Pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, saya mengucapkan takziah. Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,”.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, mangsa yang merupakan kakitangan dan penyokong Datuk Lajim dalam perjalanan dari Tuaran setelah menghadiri sambutan Hari Malaysia menuju ke Beaufort menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Invader.

Kejadian dipercayai berlaku selepas sebuah kereta Naza Ria yang datang dari arah lampu isyarat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sepanggar, terbabas dan memasuki laluan bertentangan akibat dirempuh sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton dari arah belakang.

Kereta Naza Ria terbabit kemudian bertembung dengan kenderaan dinaiki mangsa yang datang dari arah bulatan Sepanggar menuju ke pusat Bandar.

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s