Selamat Hari Malaysia ke-49 dari PAS

Parti Islam Se-Malaysia PAS ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-49 kepada seluruh rakyat Malaysia bersempena pembentukan Persekutuan Malaysia yang menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.

PAS menganggap pembentukan Malaysia ini merupakan satu kejayaan besar yang menyatukan negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Semestinya kejayaan ini diteruskan dengan kejayaan membangunkannya juga.

Semangat ‘Hari Malaysia’ yang kita sambut ini mestilah disemarakkan dengan membaiki kesilapan-kesilapan kerajaan dalam membangunkan kesemua negeri di Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak serta Pantai Timur Semenanjung. Menyedari kesemua negeri menyumbangkan hasil kepada kerajaan Persekutuan, maka layanan yang adil mesti diberikan.

Bagi PAS, rakyat di kesemua negeri di Malaysia ini mempunyai hak yang samarata dan layanan yang adil mesti diberikan. Sebagai permulaan kepada komitmen kita membangunkan negeri-negeri di dalam Malaysia, maka PAS bersama Pakatan Rakyat bersetuju dengan komitmen untuk memulangkan royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu; sekiranya berjaya mengambilalih pemerintahan kerajaan di peringkat Persekutuan dalam PRU-13 nanti.

Semoga sambutan Hari Malaysia ini, membawa makna yang baik kepada kesatuan yang kuat di kalangan rakyat pelbagai negeri dan bangsa, serta menatijahkan pembangunan yang seimbang dan pesat di kesemua daerah. Selamat Hari Malaysia.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Advertisements

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s