PAKATAN RAKYAT SABAH SOKONG BERSIH 3.0

KOTA KINABALU : Pemimpin utama Pakatan Rakyat Sabah menyatakan sokongan penuh Bersih menganjurkan perhimpunan aman Bersih 3.0 yang dijangka akan diadakan pada 28 april nanti.

Demikian dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan bersama oleh Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri, mesyuarat Sekretariat yang telah dihadiri oleh pimpinan kanan ketiga-tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP memberitahu beberapa perkara telah dibincangkan dan diantaranya ialah persiapan pilihanraya ke-13.

“Perundingan pembahagian kerusi ketiga-tiga parti telah hampir selesai, hanya beberapa kerusi lagi yang tinggal dan ianya telah diserahkan kepada Pusat untuk perhatian mereka”, katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pengarah pilihanraya ketiga-tiga parti akan bekerjasama rapat sebagai persiapan menghadapi pilihanraya akan datang.     

Mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat DAP negeri di Bundusan Penampang telah dihadiri oleh wakil PAS Mohd. Aminuddin Aling, Ustaz Ag Liman Hj Ikin, Mohamad Husain dan Hamzah Abdullah, DAP diwakili oleh YB Jimmy Wong, Fred Fung, Dr Edwin Bosi, Chan Foong Hin dan Junz Wong manakala PKR Hj Ansari Abdullah, Jonathan Yassin, Datuk Kong Hong Ming, Dr Roland Chia and Stephen Sandaor.

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, Pakatan Rakyat

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s