KENYATAAN MEDIA PAS SABAH

PAS Sabah dalam Mesyuarat Badan Perhubungannya di Sandakan semalam, 24 Mac 2012 mendesak Datuk Herbert Timbun Lagadan, Naib Presiden PBS menarik balik tuduhan berniat jahat beliau berkaitan kenyataan Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Datuk Seri Mohd Nizar Jamalauddin yang secara jujur menegaskan pendirian PAS berhubung penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian.

Selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, saya telah diberikan amanah untuk mengeluarkan kenyataan mendesak Datuk Herbert Timbun Lagadan menarik balik tuduhan berniat jahat tersebut. PAS Sabah berpandangan bahawa kenyataan Datuk Herbert berunsur prejudis dan buruk sangka serta menghasut penganut agama Kristian agar membenci PAS. Walhal, Datuk Herbert sengaja menutup fakta tentang kesungguhan PAS yang mengutuk tindakan merosakkan rumah ibadat penganut Kristian seperti yang berlaku di Mesir dan Selangor beberapa tahun lalu.

Selanjutnya, PAS Negeri Sabah melalui Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah menghulurkan tangan sebagai tanda kesediaan untuk mengadakan dialog berkaitan pendirian PAS dengan Datuk Herbert atau sesiapa sahaja bagi maksud menjelaskan pendirian PAS. PAS Sabah mempunyai ramai intelektual muslim yang bersedia memberikan hujah berdasarkan ayat Al-Quran dan sejarah zaman lampau tentang perkataan Allah yang telah digunakan oleh penganut agama Samawi.

Haji Hamzah Abdullah
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah.

Advertisements

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s