KERAJAAN ‘DOUBLE STANDARD’ DALAM ISU BERSIH 2.0

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menjunjung titah perintah Yang Dipertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin di atas keprihatinan Baginda terhadap BERSIH 2.0. Keprihatinan ini dapat dibuktikan apabila Baginda memberi ruang kepada rakyat iaitu penganjur BERSIH 2.0 untuk menghadap  Baginda di Istana Negara baru-baru ini. Sejajar dengan itu, DPPNS menghargai tindakan Yang Dipertuan Agung selaku pemimpin tertinggi negara di atas sokongan Baginda kepada BERSIH 2.0

DPPNS begitu komited bagi mewujudkan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini selaras dengan tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0. Maka dengan itu, DPPNS telah menghantar seramai 300 orang pemudanya ke Kuala Lumpur bagi menyatakan kebersamaan dan sokongan dalam usaha bagi memastikan sistem pilihanraya di negara ini benar-benar dalam keadaan yang membanggakan serta boleh dijadikan contoh terhadap negara lain.

DPPNS juga menyelar tindakan pihak kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang masih lagi bersikap `double standard’ dimana mereka masih meneruskan membuat tangkapan secara berleluasa termasuk di Sabah kepada penyokong-penyokong kempen BERSIH 2.0 walaupun pihak penganjur BERSIH 2.0 telah diperkenankan menghadap Yang Dipertuan Agung. Tindakan pihak kerajaan ini seolah-olah menggambarkan tidak menghormati tindakan dan usaha Yang Dipertuan Agung sebagai Ketua Negara Malaysia.

Maka untuk memastikan kelancaran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, DPPNS menyeru semua ahli PAS Sabah mengadakan solat hajat selama dua malam berturut-turut di semua markas-markas PAS Kawasan di seluruh negeri Sabah agar Allah SWT memberi pertolongan serta kemudahan pada perhimpunan aman BERSIH 2.0. DPPNS juga menyeru kepada rakyat di negeri Sabah agar memakai baju berwarna kuning pada 9 Julai 2011 nanti bagi menyatakan tanda sokongan rakyat terhadap tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0 ke arah pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.

Lahirul Bin Latigu
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s