PRESIDEN PAS LAWAT SABAH HARI INI

KOTA KINABALU : Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan turun bertemu dengan rakyat Sabah pada 4-6 Julai ini. Lawatan ini adalah merupakan program pertama beliau ke negeri-negeri selepas dipilih semula sebagai Presiden PAS pada Muktamar  Agung PAS baru-baru ini.

Menurut sumber Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah pada hari isnin (4 julai) Presiden PAS akan merasmikan pejabat PAS Kawasan Putatan di Asia City manakala sebelah malam beliau akan berceramah di Kota Belud.  Terletak di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu PAS Putatan telah berjaya membeli bangunan tingkat dua tersebut pada tahun lepas dan kini menjadi salah satu mercu kejayaan PAS bertapak di negeri Sabah 25 tahun yang lalu.

PAS walaupun dilihat kurang menonjol namun perkembangan PAS sejak 25 tahun amat menggalakkan. Sebagai sebuah organisasi yang tersusun beberapa kawasan telah memiliki bangunan sendiri seperti pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri yang terletak di Kingfisher Kota Kinabalu, pejabat PAS Tawau, Pusat Pengajian Islamdi Kota Belud dan Merotai manakala mempunyai berpuluh Pusat Pendidikan Pra Sekolah dan bimbingan Al-Quran di seluruh pelusuk negeri Sabah.

Difahamkan Tuan Guru Abdul Hadi akan mengadakan sidang media di pejabat PAS Putatan sejurus beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS Sabah.

Pada keesokan hari Tuan Guru Abdul Hadi akan bersarapan dengan rakyat di Putatan, kemudian itu beliau akan terus ke parlimen Pensiangan bertemu dengan penduduk di sana sehari suntuk. Manakala sebelah malamnya Tuan Guru Abdul Hadi akan berceramah di Keningau.Presiden PAS akan mengakhiri lawatan beliau ke Sabah pada hari rabu dan meneruskan lawatan seterusnya ke Negeri Sarawak.

Advertisements

Leave a comment

Filed under News

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s