KENYATAAN MEDIA : PAS SABAH NAFI AHLI SERTAI UMNO

Badan Perhubungan Pas Negeri Sabah ingin merujuk kepada laporan akhbar Utusan Borneo bertarikh pada 16hb Mac 2011 pada muka surat 2 yang bertajuk “PAS guna Masjid, Surau sebar politik kata Jumat”.
 
1. Ingin ditegaskan bahawa PAS Sabah tidak pernah mempunyai ahli yang bernama Ag Hanafi Pg Tajudin dan cawangan PAS Kg Rampayan serta ahli berjumlah 50 orang.  Oleh yang demikian Kenyataan bahawa ahli PAS keluar parti dan cawangan dibubar adalah tidak benar sama sekali.
 
2. PAS juga ingin menafikan ada menubuh Sekolah Tahfiz di Bandar Sierra Kota Kinabalu sepertimana yang didakwa. PAS tidak mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan sekolah tersebut.
 
3. Berhubung tuduhan PAS menjadikan Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik, PAS ingin mencabar kepada UMNO dengan memberi bukti-bukti bahawa UMNO tidak terlibat langsung dan tidak langsung menjadikan Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik bagi kepentingan UMNO.
 
PAS Sabah akan terus berjuang membela nasib dan hak-hak rakyat negeri ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama demi negeri Sabah yang tercinta. PAS menyeru kepada rakyat negeri ini agar membuat perubahan politik dan seterusnya menafikan Sabah negeri simpanan tetap Barisan Nasional.
 
PAS For All – Islam Adil Untuk Semua
 
Haji Muhamad Bin Abdullah
Pesuruhjaya PAS Sabah

Selasa 16hb Mac, 2011

Advertisements

1 Comment

Filed under PAS, Press Statement

One response to “KENYATAAN MEDIA : PAS SABAH NAFI AHLI SERTAI UMNO

  1. Pingback: Ahli PAS masuk UMNO: Kenyataan terdesak UMNO bahagian Sepangar | SabahKita.Net

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s