PAS seru Cina buat perubahan, tukar kerajaan

Sumber Harakahdaily    

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat.

Ini, katanya bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara.

“Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera,” ujarnya dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut esok.

Berikut perutusan penuh beliau.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina. Masyarakat  Cina di Malaysia yang merupakan komuniti kedua terbesar di negara ini, merupakan juga penyumbang besar kepada pembinaan negara Malaysia.

Tahun Baru Cina yang biasanya dimulakan dengan semangat kekeluargaan dengan majlis makan besar setiap anggota keluarga merupakan sesuatu yang sangat baik ke arah membina masyarakat yang sejahtera. Di tengah kemelut masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan keruntuhan moral dan jenayah yang parah, yang antaranya juga berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga, masyarakat Cina tampil membawa budaya baik iaitu ‘makan besar’ yang merapatkan semangat kekeluargaan.

Kita juga berhadapan dengan kemelut ekonomi yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan tekanan hidup akibat kenaikkan harga barang keperluan. Masyarakat Cina juga tidak terlepas menyambut Tahun Baru Cina dalam situasi tersebut. Keadaan ekonomi yang parah ini juga dibayangi oleh pengumuman-pengumuman manis pemerintah yang menjanjikan persekitaran ekonomi yang lebih baik, namun dalam masa yang sama keperluan rakyat terus terhimpit akibat salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku.

Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat, bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara. Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.

Selamat Tahun Baru Cina.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Advertisements

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s