HIMPUNAN ISU TANAH RAKYAT SABAH (HEMPAS)

KENYATAAN MEDIA
19 Oktober 2010

PAS dan Pakatan Rakyat Sabah akan menganjurkan Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah pada 24 Oktober 2010 bertempat di Dewan Hakka, Batu 6, Sandakan  (berhampiran Hotel Tyng).

Matlamat program ini adalah bagi menghimpunkan seluruh rakyat sabah terutamanya yang mengalami kemelut tanah setelah lama terabai di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang telah menafikan hak rakyat untuk memiliki dan mewarisi tanah yang mereka telah usahakan sejak berpuluh tahun akibat dasar Geran Tanah Komunal. Himpunan ini juga akan menjadi medan bagi berbincang dan bertukar pendapat di samping mencari jalan penyelesaian melalui kaedah yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat.

Pelbagai aktiviti telah disusun antaranya Pembentangan kertas kerja, Tayangan Video Isu Tanah, Pelancaran deklarasi Tanah sabah, di samping pidato perdana oleh Pimpinan utama Pakatan Rakyat iaitu YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Pelancaran Jentera pilihanraya kecil P185 Batu Sapi bagi Pakatan Rakyat juga akan dilancarkan.

Tentatif Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah (HEMPAS)
 
8:00 pagi : Pendaftaran
9:00 pagi : Majlis perasmian
1) Ucapan Pesuruhjaya PAS Sabah – Hj Mohammad Abdullah
2) Ucapan Penyelaras Program- Sdra Mazlan Aliman, AJK Pas Pusat

3) Ucapan YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
10:00 pagi : Pembentangan kertas kerja 1
Oleh Datuk Koh Hong Ming (PKR)
10:30 pagi : Pembentangan kertas kerja 2
Oleh Sdra Robert (DAP)
11:00 pagi : Pembentangan kertas kerja 3
Oleh Tuan Hj Hamzah Abdullah (PAS)
11:30 pagi : Soal jawab / Resolusi
12:30 tghri : Tayangan Video / Makan tengah hari / Solat Zuhur
1:30 petang : Pidato Perdana
YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
YB Lim Kit Siang
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
4:30 petang : Pelancaran Deklarasi Tanah Sabah
Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi Pakatan Rakyat
5:00 petang : Tamat
 
Program lain sempena HEMPAS
 
1) Ceramah Umum
Tarikh : 23 Oktober 2010
Masa : 7.00 malam
Tempat : Hotel Sanbay, Bandar Ramai Ramai, Jalan Batu Sapi
Penceramah : YB Lim Kit Siang
Tuan Hj Hamzah Abdullah

Justeru itu Dewan Pemuda Pas Sabah menjemput seluruh rakyat Sabah dari pelbagai latarbelakang khususnya di kawasan berdekatan agar sama-sama dapat hadir dan memeriahkan Himpunan ini.
 
Disediakan oleh

Lahirul Bin Latigu

Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Sabah

Advertisements

Leave a comment

Filed under Pakatan Rakyat, PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s