PAS Keningau rapatkan saf perjuangan Pakatan

Oleh Zulwawar Mumtaz  

KENINGAU, 30 Julai: PAS Kawasan Keningau akan menganjurkan program bersama Pakatan Rakyat bagi merapatkan saf perjuangan dan mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Program bermula pada pukul 8.00 malam ini dengan ceramah umum Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) yang merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar yang julung kali berkunjung ke sini.

Antara jemputan lain yang akan memberikan ceramah adalah Pesuruhjaya PAS Sabah, Muhammad Abdullah dan ketua penerangan, Hisammuddin Sulaiman.

Majlis ini dijayakan lagi dengan kehadiran Dr Hiew King Chew, Ahli Parlimen Kota Kinabalu serta Adun Seri Tanjung, Jimmy Wong dari DAP manakala wakil dari pihak Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah Datuk Dr Jeffrey serta Dr Nicholas.

Pada esok pula, pimpinan PR akan melawat Tamu Nabawan dan menyertai Konvensyen Lajnah Perpaduan Nasional Sabah akan diadakan di Pekan Keningau.

Pada sebelah malam akan diadakan Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat di Hotel Juta di sini bagi mengutip dana untuk pembelian bangunan PAS kawasan dengan jualan tiket RM50 seorang.
Pada 1 Ogos,pimpinan PR akan mengadakan lawatan ke Tamu Sook untuk melancarkan Parlimen Angkat Persiangan dan Majlis Bertemu Rakyat di Kampung Nandagang.

PAS kawasan berharap program itu akan berjalan lancar dan memberikan tamparan buat Umno Sabah seterusnya memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh untuk memerintah negeri ini pada PRU ke-13 akan datang.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan dana boleh menyalur terus melalui akaun Maybank PAS Kawasan Keningau bernombor 560090001060

Advertisements

Leave a comment

Filed under News

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s