SELESAIKAN DULU KEMUDAHAN ASAS PENDIDIKAN DI SABAH

KOTA KINABALU : PAS Sabah menolak  cadangan Kerajaan memperkenal sistem persekolahan murid sekolah rendah seawal umur 5 tahun sepertimana yang telah dibentang oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Rancangan Malaysia Ke-10 di parlimen baru-baru ini.

“Masalah prasarana sekolah di Sabah hari ini berada ditahap dunia ketiga walhal Sabah sudah merdeka sejak 47 tahun yang lalu. Masih ada struktur bangunan sekolah sama seperti ianya mula dibina sejak 30 tahun yang lalu, uzur dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia”, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminudin Aling.

Kata Aminudin lagi, “Masalah perumahan guru,bekalan air bersih, bekalan letrik, kemudahan makmal dan pusat sumber, kekurangan guru, bilik darjah yang tidak mencukupi dan pelbagai masalah yang sering diulang-ulang setiap tahun”.

Beliau mengambil contoh keadaan fizikal bangunan sekolah dan surau yang rosak akibat masalah banjir yang selalu melanda di SK Darau seperti mana yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini. Pihak Sekolah telah memohon mengganti ruang bilik darjah baru sebanyak 12 buah sejak RMK 8 dan RMK 9 namun permohonan mereka masih belum mendapat kelulusan sehingga hari ini.

“Tahun depan Rancangan Malaysia Ke-10 sudah, dimana janji Sabah Baru ? ”, katanya dengan kesal.
PAS bersetuju dengan menteri yang bertanggungjawab dengan pendidikan Sabah Datuk Masidi Manjun bahawa Sabah masih belum bersedia untuk menerima cadangan tersebut.

Menurut Masidi kerajaan patut meningkatkan prasarana pendidikan terlebih dahulu khususnya di sekolah luar Bandar dan memberi perhatian tinggi terhadap mutu pendidikan.

Justeru itu PAS mahu kerajaan memberi keutamaan kepada negeri Sabah dan Sarawak bagi memastikan rakyat di kedua-dua negeri ini tidak ketinggalan dengan arus kemajuan pendidikan semasa sama seperti anak-anak kita di Semenanjung Malaysia.

Advertisements

Leave a comment

Filed under News

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s