Muslimat Sepanggar bersiap hadapi PRU 13

Oleh Harakahdaily    

SEPANGGAR, 9 Mac: Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Sepanggar sepakat untuk menubuhkan Jawatankuasa Biro Lajnah Politik dan Pilihan raya Dewan Muslimat (Halwa) mengikut portfolio dan fungsi sebagai persediaan menghadapi ilihan raya umum (PRU) ke-13.

Persetujuan itu antara tiga rosolusi yang dicapai dalam program Biro Halwa di bawah Lajnah Politik dan Pilihan raya DMP Sepangar.

Dua lagi resolusi yang dicapai adalah memperkenalkan PAS kepada masyarakat secara berperingkat untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang melalui program di Pasti, program kemasyarakatan, kebajikan, dan lain-lain.

Selain itu, DMP Sepanggar juga akan memperkasakan tenaga kerja muslimat PAS melalui kursus secara berperingkat seperti kursus komunikasi berkesan dan pengurusan organisasi dan penerangan isu semasa dari semasa ke semasa melaui usrah, risalah dan ceramah.

Baru-baru ini, di Pusat Latihan Stokis HPA, Sulaman Sentral itu bermatlamat untuk memberi kefahaman tentang Biro Halwa dalam organisasi pilihanraya PAS.

Ianya disertai 40 peserta daripada Sepangar, Putatan, Tuaran, Kota Belud dan Tawau.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Salbiah Wahab membentangkan dua kertas kerja iaitu ‘Pengenalan Halwa’ dan ‘Peranan Perayu Undi’.

Melalui kertas kerja ini. peserta didedahkan tentang PAS sebagai parti dakwah dan siasah politik menyertai pilihan raya secara berorganisasi. Peserta turut diterangkan tentang fungsi Halwa dalam jentera pilihanraya serta portfolio dan bidang tugas setiap portfolio.

Salbiah turut mengisi slot Kepentingan Pengucapan Umum yang mendedahkan peserta dengan teknik-teknik yang betul dalam pengucapan umum melalui tahap-tahap dari mula berucap sehingga ke penutup ucapan.

Pada akhir sesi peserta-peserta membuat sedikit latihan praktikal pengucapan umum dengan tajuk yang disediakan urusetia mengikut kumpulan.

Peserta didedahkan juga tentang peranan perayu undi di dalam pilihan raya serta syarat menjadi perayu undi yang berkesan dalam pembentangan slot Peranan Perayu Undi.

Tujuan-tujuan dan kepentingan culaan undi disenaraikan bagi memberi kefahaman peserta tentang keseluruhan proses serta kaedah culaan yang efektif

Advertisements

Leave a comment

Filed under News

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s