Wujudkan jabatan penguatkuasaan, pendakwaan syariah

Akhbar nasional hari ini melaporkan cadangan kerajaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Dr Mashitah Ibrahim supaya diwujudkan Jabatan penguatkuasaan, pendakwaan syariah. Terdahulu PAS Sabah melalui Dewan Pemudanya telah membangkitkan perkara yang sama dan kenyataan Ketua Penerangan DPPNS telah disiarkan dalam Harakah Cerak 23-25 oktober 2009. Harapan kami, cadangan ini akan menjadi kenyataan secepat mungkin – moderator

Wujudkan jabatan penguatkuasaan, pendakwaan syariah

MELAKA 8 Dis. – Kualiti khidmat agensi penguat kuasa agama di negara akan dapat dimantapkan jika diwujudkan Jabatan Penguatkuasaan Syariah dan Pendakwaan Syariah Negeri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan pegawai penguat kuasa agama yang semakin kritikal di beberapa negeri.

PAS GESA KERAJAAN TAMBAH KAKITANGAN PENGUATKUASA AGAMA

KOTA KINABALU :   Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Salman Amin menggesa kerajaan menambah kakitangan penguatkuasa syariah bagi memastikan usaha mencegah kemungkaran dapat dijalankan dengan berkesan.

“PAS difahamkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) menghadapi masalah kekurangan kakitangan penguatkuasa jawatan hakiki,  kekurangan kepakaran malah kekurangan kemudahan prasarana. Sabah mempunyai  lebih 30 daerah dan bentuk muka bumi yang sangat luas, sudah tentu Jabatan Agama memerlukan kakitangan yang ramai”.

Salman juga mahu kemahiran kakitangan JHEAINS dipertingkatkan dan kemudahan prasarana mahkamah syariah perlu dinaiktaraf bagi memastikan mutu perkhidmatan mahkamah syariah berjalan dengan baik.

Dewan Pemuda PAS  Sabah mencadangkan agar bahagian penguatkuasa syariah diasingkan daripada Jabatan Agama sepertimana Jabatan Kehakiman Syariah bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan hukum syariah itu sendiri.

Advertisements

Leave a comment

Filed under News

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s