PAS SABAH RAKAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA BOT PULAU BANGGI

Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah melahirkan rasa simpati dan merakamkan ucapan takziah kepada  keluarga mangsa tragedi bot karam Pulau Banggi diatas kehilangan keluarga yang tercinta menjelang hari raya aidil adha baru-baru ini.

“ Semoga keluarga mangsa  bersabar dengan ketentuan Allah ini. Kita juga mendoakan agar semua roh berada dalam rahmat dan keampunan Allah SWT”, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling

Dalam pada itu PAS mahu kerajaan mendedahkan laporan lengkap  kepada umum sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan. Aminudin yang juga Pengerusi Lajnah kebajikan PAS Sabah menggesa kerajaan  mengkaji  semula tahap keselamatan kesemua jeti, operator bot  dan mereka yang terlibat dengan perkhidmatan pengangkutan air di negeri ini bagi memastikan semua keperluan keselamatan dipatuhi.

PAS mencadangkan agar pihak penguatkuasa maritime meningkatkan pemeriksaan pada musim perayaan dan menambah bilangan feri atau bot bagi memenuhi permintaan yang mendadak menjelang musim perayaan.

Pada kejadian 26 november lepas, sebuah bot yang membawa 29 orang penumpang dari jeti Kudat ke Pulau Banggi karam kira-kira pukul 5.30 petang selepas sejam bertolak dari jeti Kudat.

Kebanyakan penumpang merupakan anggota sebuah keluarga iaitu seramai 21 orang dari Papar yang pulang ke Pulau Banggi untuk merayakan Hari Raya Aidiladha serta beberapa penumpang lain.

Daripada 29 penumpang bot berkenaan, katanya, seramai 14 mangsa disahkan terkorban dan 13 selamat manakala dua masih hilang.

Advertisements

Leave a comment

Filed under PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s