PAS KESAL TIADA PERUNTUKAN HOSPITAL QUEEN ELIZABETH

KOTA KINABALU : PAS Sabah merasa kesal dan dukacita kerana kerajaan tidak menyenaraikan Hospital Queen Elizabeth sebagai salah satu Hospital yang diberi keutamaan untuk dinaik taraf dalam belanjawan 2010 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak di Parlimen baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminudin Aling, keadaan Hospital Queen Elizabeth sekarang amat menyedihkan sekali.

“Pesakit diletakkan dalam keadaan berhimpit-himpit, rapat diantara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan para pesakit dan kakitangan Hospital merasa tertekan dan amat tidak selesa. Jika katil penuh, pesakit akan diletakkan diatas lantai (bertilam)”. kata Aminudin yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Sabah.

Aminudin mempertikai slogan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian  Diutamakan kerana kerajaan Barisan Nasional gagal mendahulukan masalah rakyat berikutan masalah bangunan Hospital Queen Elizabeth yang tidak selamat.

Dalam belanjawan tersebut pada tahun 2010 hospital dalam peringkat pembinaan dan dinaik taraf ialah Kluang, Bera, Shah Alam, Alor Gajah dan Tampoi.

Menara utama, blok podium dan blok forensik Hospital Queen Elizabeth telah diisytiharkan tidak selamat untuk diduduki oleh IKRAM dan JKR Sabah tahun lepas.

“PAS sangat berharap Sabah dan Sarawak juga diberi keutamaan 50 buah klinik yang akan dibuka di kawasan perumahan dengan menyewa rumah kedai bagi membolehkan masyarakat mendapat kemudahan rawatan biasa. Di Semenanjung, jarak satu klinik ke satu klinik hanya beberapa kilometer sahaja, di Sabah jarak satu klinik ke satu klinik berpuluh kilometer malah beratus kilometer.”, katanya.

Advertisements

Leave a comment

Filed under News

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s