JKR Sabah lancar SMS e-Aduan

Komen : JKR patut siarkan semua aduan samada di laman web dan akhbar harian supaya ianya lebih telus. Status aduan juga hendaklah dipamer bagi memudahkan si pengadu mengetahui status terkini. – moderator

 
KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) memperkenalkan Sistem e-Aduan untuk memudahkan para pengguna menyampaikan aduan kepada pihak JKR melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Sistem e-Aduan berkenaan dilancarkan di Ibu Pejabat JKR sembulan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur menyifatkan langkah pengwujudan sistem e-aduan itu sebagai tindakan proaktif pihak JKR untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

“Dengan adanya sistem ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa JKR sedang berusaha keras untuk memperbaiki perkhidmatan.

“Selain itu ia juga menunjukkan mereka bersedia mela- yan semua aduan selaras dengan hasrat Perdana Menteri mewujudkan Key Performance Index (KPI),” katanya.

Pairin berkata, JKR sentiasa dalam perhatian orang awam terutamanya apabila berlaku kerosakan seperti jalanraya dan jambatan.

“Melalui sistem ini para pengguna akan lebih mudah menyampaikan sebarang aduan kepada JKR mengambilkira kelebihan sistem SMS yang murah sekaligus menjadikan SMS sebagai medium ringkas, pantas dan berkesan untuk men- yampaikan maklumat.

“Saya juga berharap dengan adanya sistem e-aduan ini akan bertindak sebagai telinga kepada JKR untuk mendengar apa juga masalah atau aduan berkaitan dengan jabatan itu untuk diambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Pengguna yang ingin men- yampaikan aduan boleh menghantarkan SMS ke nombor 088244333. SMS yang dihantar akan sampai ke Sistem e-Aduan dan akan direkod kemudian. Maklumat berkenaan akan disampaikan kepada agensi atau pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Bagi memastikan sistem itu berjalan secara efektif, satu pasukan yang beroperasi di Ibupejabat JKR Sembulan telah ditubuhkan khusus untuk menjalankannya.

Advertisements

Leave a comment

Filed under News

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s