Saf pimpinan PAS Sabah 2009/2011 gandingan terbaik

KOTA KINABALU : Badan Perhubungan PAS Sabah telah selesai membentuk barisan pimpinannya untuk sesi 2009/2011 pada mesyuaratnya yang pertama di Putatan, sabtu lepas. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Haji Muhamad Abdullah telah bersetuju melantik beberapa muka baru bagi memantapkan lagi barisan pimpinannya sebagai persiapan pilihanraya yang ke 13. Diantaranya ialah saudara Hisamudin Sulaiman yang telah dilantik sebagai Ketua Penerangan yang baru. Saudara Hisamudin ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Keningau merupakan seorang aktivis yang berpengalaman khususnya di negeri Sembilan.

Manakala kesemua Timbalan Pesuruhjaya dikekalkan iaitu Tuan Haji Hamzah Abdullah (Batu Sapi), Saudara Ahmad Dolah (Tawau) dan Saudara Aminudin Aling (Kota Belud). Turut dikekalkan Setiausaha, Kadarisman Kadiran (Kalabakan) dan Puan Norain Kadir sebagai Bendahari (Tawau). Tiga orang telah dilantik Penolong Setiausaha iaitu Saudara Nasir Che Ali (Tawau), Sahar Abdul Majid (Sandakan) dan Salman Amin (Sepanggar).

Disamping itu bekas Ketua Pemuda sesi lepas, Ustaz Anuar Ali (Sepanggar) telah dilantik sebagai ahli Badan Perhubungan. Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat telah dimanahkan menerajui Lajnah Perpaduan Nasional. Turut dilantik ialah Tuan Haji Akriah Abdullah (Sepanggar), Khairul Yusri (Dewan Pemuda), Seri Wahyuni (Dewan Muslimat), Tuan Haji Norbin Aloh(Kalabakan) dan Ustaz Kamal Md Daud, (Keningau).

Berikut ialah portfolio PAS Sabah 2009/2011

Lajnah Politik –  Haji Muhamad Abdullah
Lajnah Penerangan dan Dakwah –  Hisamudin Sulaiman
Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan – Ustaz Nuruddin Ibrahim
Lajnah Kebajikan – Saudara Aminudin Aling
Lajnah Pekerja, setinggan dan – Haji Hamzah Abdullah
Peneroka Bandar
Lajnah Perpaduan Nasional
 – Ustaz Anuar Ali
Lajnah Ekonomi –  Haji Akriah Abdullah
Lembaga Pemerkasaan Parti – Saudara Ahmad Dolah
Jabatan Pilihanraya Negeri – Haji Muhamad Husin

PAS Sabah kali ini menyaksikan seramai tiga orang telah dilantik sebagai pimpinan Pusat iaitu Tuan Haji Muhamad Abdullah selaku Pesuruhjaya Negeri, Saudara Ahmad Dolah selaku Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat  dan Ustaz Anuar Ali selaku Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. – AAMJ

Advertisements

Leave a comment

Filed under PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s