SESB BERTINDAK TERHADAP PENCURI BEKALAN ELEKTRIK

Komen : Masalah yang sama berulang kali di kawasan sama. Kenapa ini berlaku? Sudah masanya kerajaan dan SESB mencari jalan menyelesaikan masalah ini. Jika kerajaan tidak mampu menyediakan perumahan yang selesa, setidak-tidaknya selesaikan masalah bekalan elektrik di kawasan setinggan. Tindakan kerajaan tidak memberi bekalan letrik di kawasan setinggan bukanlah satu langkah yang bijak. Walhal apabila sampai masa pilihanraya, kerajaan menagih undi golongan setinggan ini. Alangkah baik jika kerajaan menyediakan bekalan letrik yang sah bagi memastikan keadaan lebih terkawal dan selamat. Dianggarkan Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai 50,000 penduduk setinggan. – moderator

 DIBUKA … Para pekerja SESB membuka kabel yang dipasangkan ke panel kawalan lampu jalan milik Dewan Bandaraya.

30th June, 2009
KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mempertingkatkan operasi mereka terhadap pencuri be-kalan elektrik dengan membuka pemasangan secara ha-ram di lima buah kampung di sekitar sini kelmarin.

Kawasan-kawasan itu ialah Kg Lokub di Jalan Sepanggar, Kg Padas (dekat Tebobon), Kg Pulau Penampang di Mengga-tal. Kg Suang Parai di Inanam dan Kg Bakau di Likas.

Kawasan ini adalah antara setinggan di mana kejadian mencuri bekalan elektrik sering berlaku.

Mereka ini akan melakukan penyambungan haram menggunakan kabel dari sub-stesen SESB dan juga panel kawalan untuk lampu-lampu jalan raya milik Dewan Bandaraya untuk mendapatkan bekalan secara haram.

Semasa operasi dijalankan terdapat mereka yang mela-kukan penyambungan haram ini boleh berdepan dengan risiko yang boleh mengancam nyawa mereka dengan meng-erat getah kabel untuk melaku-kan penyambungan haram ini.

Lebih beratus-ratus meter wayar juga turut dirampas dalam operasi kelmarin yang membabitkan lebih 20 Ang-gota Penguatkuasa SESB dan anggota polis dari Menggatal.

“Dengan beroperasinya set janakuasa ini maka kapasiti janaan SESB meningkat lagi sebanyak 22 MW dan ini telah dapat mengurangkan catuan bekalan elektrik ketika puncak,” katanya.

Bagaimanapun katnya salah satu set janakuasa IPP Teluk Salut yang berkeupayaan 35MW telah menggelamai kerosa-kan pada Jumaat lepas dan opersinya terpaksa dihentikan dan kerja-kerja membaik pulih sedang giat dijalankan.

Menurut kenyataan itu, kapasiti bekalan yang akan dicatu pada waktu beban puncak telah meningkat mulai minggu ini dan keruncingan margin sistem janaan pada ketika ini juga sangat membimbangkan kerana permintaan elektrik yang menjangkau 700MW pada ketika beban puncak.

Katanya, keadaan stesen janakuasa SESB dan IPP yang lain terutama sekali stesen janakuasa Biomass juga kurang stabilan.

“Kita akan teruskan catuan bekalan elektrik bila perlu ketika beban puncak sehingga satu set lagi turbin hidro Tenom Panggi siap diselanggara dan dibaik pulih pada bulan September,” katanya. Seorang jurucakap SESB berkata penyambungan haram itu memberikan faedah lebih 100 buah rumah di lima-lima kawasan setinggan itu.

Ini adalah kali ke tujuh ope-rasi yang sama dijalankan di kawasan-kawasan ini.

“Kami sedar mereka akan melakukan penyambungan haram semula selepas ini. Tetapi kami akan terus menjalankan pemeriksaan dan juga pemotongan di kawasan ini,” katanya.

Beliau juga berkata, mereka yang melakukan penyambungan haram dari bekalan elektrik SESB dilakukan oleh mereka yang tahu melakukannya.

“Mereka ini kemungkinan terdiri dari profesional, atau me-reka yang tahun tentang pendawaian eletrik.

“Tetapi, apa juga pengetahu-an yang mereka ada, mereka tidak wajar memandang ringan tentang bahaya yang boleh diha-dapi terhadap kabel yang mempunyai harus pengaliran besar,” kata jurucakap itu.

Operasi kelmarin adalah usa-ha selama tiga hari oleh SESB terhadap penyambungan haram bekalan elektrik di kawasan bandaraya.

Sementara itu, SESB dalam satu kenyataannya kelmarin ber-kata alat ganti utama set turbin hidro berkeupayaan 22MW telah tiba di Kota Kinabalu dengan menggunakan pesawat khas dari Kuala Lumpur. Turbin ini akan digunakan untuk salah satu set janakuasa hidro yang masih mengalami penyelenggaraan kritikal serta baik pulih.

Katanya satu set lagi sudah pun mula beroperasi pada 20 Jun lalu.

Sumber :  http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/29917

Advertisements

Leave a comment

Filed under News

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s