Kadar yuran PIBG di Sabah perlu dikaji semula: MPPGS

SANDAKAN: Majlis Permuafakatan PIBG Gabungan Sandakan (MPPGS) kelma-rin mencadangkan supaya pihak Jabatan Pelajaran Negeri mengkaji semula kadar yuran PIBG yang dikenakan oleh sekolah-sekolah rendah dan menengah di negeri ini untuk disesuaikan dengan kedudukan ekonomi semasa.

Setiausaha Kehormat MPPGS, Awang Aspar Haji Liwangsa berkata, ada kewajarannya jika kadar yuran PIBG sama ada dikurangkan melibatkan kedudukan sekolah di banar dan luar bandar atau disamaratakan secara keseluruhannya di seluruh negeri.

“MPPGS membuat cadangan ini kerana kami kerap menerima aduan pihak ibu bapa berhubung kadar bayaran yuran PIBG bukan saja tinggi dan tidak menentu, tetapi tidak diselaraskan terutama di bawah pentadbiran sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan penuh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Awang Aspar berkata, kebanyakan sekolah rendah dan menengah milik kerajaan di kawasan Sandakan telah mengenakan yuran melebihi RM20 bagi setiap pelajar rendah dan menengah.

“Di sekolah-sekolah tertentu di daerah lain pula ada yang mengenakan yuran itu sehingga melebihi RM100 bagi setiap pelajar. Mungkin para pelajar ini datangnya daripada keluarga yang berkemampuan. Tetapi ianya tetap mendatangkan ke-san kepada pelajar miskin yang tidak ada pilihan untuk ditempatkan di sekolah terlibat,” katanya.

Katanya, pihak MPPGS mengambil perhatian serius terhadap perkembangan itu yang jika tidak dibendung berkemungkinan kadar yuran tersebut akan meningkat menjelang musim pengutipan yuran PIBG dan bauyaran yuran keseluruhan murid pada bulan Jun depan.

Untuk itu, kata Awang Aspar, MPPGS mencadangkan supaya kadar yuran PIBG bagi sekolah rendah dan menengah dikenakan sekitar RM10 hingga RM15 bagi kawasan bandar dan sekolah-sekolah di luar bandar dicadangkan kadar yuran di bawah RM10.

“Angka-angka ini dilihat wajar jika mengambil kira kedudukan ekonomi sekarang. Tetapi amat wajar jika ianya disamaratakan di semua sekolah rendah dan menengah di Sabah.

“ Angka ini juga sudah tentu tidak akan membebankan ibu bapa jika memiliki anak lebih daripada seorang belajar di sekolah-sekolah berkenaan,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini bayaran yuran PIBG dimasukkan sekaligus dalam yuran persekokahan tahunan setiap pelajar di semua sekolah, yang kadarnya keseluruhan mencecah di bawah RM100 atau lebih untuk wajib dibayar oleh pihak ibu bapa.

Bagaimanapun Aspar mempertahankan, yuran PIBG memang perlu dikenakan di semua sekolah termasuk di Sabah kerana ianya boleh mengurangkan beban pihak sekolah untuk menjayakan apa juga program pembelajaran dank Ko-kurikulum sekolah melibatkan peranan pihak PIBG..

Tanpa mengenakan yuran sedemikian, katanya, PIBG sekolah bukan saja sukar menjayakan aktivitinya, tetapi melakukan perancangan membangunkan pembelajaran sekolah yang boleh membawa kebaikan jangka panjang terhadap sekolah terlibat.

Kata Aspar, beliau akan membawa isu yuran tersebut pada mesyuarat permuafakatan PIBG yang dijangka diadakan di sebuah sekolah menengah di sini pertengahan Jun depan.

Katanya, mesyuarat itu yang dipengerusikan Presiden MPPGS, Encik Otoh Sibek Haji Sahak akan mendapatkan cadangan dan ketetapan berhubung perkara itu untuk disampaikan kepada pihak Jabatan Pelajaran negeri dan pusat, bagi mengatasi masalah itu

Sumber : New Sabah Times Online

Advertisements

Leave a comment

Filed under News

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s