Harapan untuk menteri-menteri Sabah

Ringkasnya, Sabah kali ini mempunyai wakil yang agak besar dalam kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang bar dengan 4 menteri dan 5 timbalan menteri.

Rakyat Sabah secara umumnya kali ini sewajarnya boleh mendapat pembelaan  kerana mereka mempunyai 4 orang menteri yang mewakili mereka di dalam kabinet. Misalnya Datuk Shafie Apdal yang diberi amanah dalam kementerian luar bandar, sudah tentu kementerian beliau boleh membantu menyelesaikan beberapa masalah asas seperti bekalan elektrik, air, jalan raya berturap, kemudahan pendidikan pra sekolah, kemudahan asrama desa, kemudahan latihan kemahiran untuk pendudukan kampung bagi meningkatkan pendapatan keluarga mereka.

Begitu juga dengan Datuk Bernard Dompok, Kementerian beliau juga boleh membantu meningkatkan taraf hidup rakyat melalui usaha-usaha penanaman kelapa sawit, koko, getah dan sebagainya. Melalui agensi persekutuan dan negeri sudah tentu kementerian beliau boleh menyediakan peluang-peluang, kemudahan dan bantuan sokongan dan galakan bagi membebaskan rakyat daripada kemiskinan.

Begitu juga dengan Datuk Maximus Ongkili, beliau sewajarnya dapat membantu rakyat Sabah dapat menikmati kualiti dan taraf sains dan teknologi seperti mana di semenanjung. Misalnya penyertaan rakyat Sabah dalam aktiviti sains dan teknologi di dalam agensi-agensi kementerian beliau, begitu juga dengan kemudahan-kemudahan latihan dan peluang-peluang dalam penyertaan sektor strategik negara seperti multimedia super coridor dan bionexus.

Mungkin sudah masanya Sabah mempunyai cybercities dan taman teknologi dengan fokus kepada bidang-bidang tertentu. misalnya bagaimana usaha-usaha R&D boleh dilakukan membangunkan industri bioteknologi, biodisel, bio-tourism, herba, multimedia creative dan sebagainya. Pusat-pusat ini hendaklah berpengkalan di Sabah. Begitu juga sejumlah geran hendaklah diberikan kepada penyelidik yang membuat kajian berasaskan sumber-sumber di negeri Sabah. 

Sabah perlu menyediakan kemudahan-kemudahan yang setaraf dengan negeri-negeri maju di semenanjung bagi menarik lebih ramai “talented-people” melabur dan berkhidmat di negeri di bawah bayu.  Misalnya liputan kemudahan internet hendaklah mencapai tahap yang setanding dengan negeri-negeri maju. Semua resort2, hotel, chalet dan homestay di seluruh negeri Sabah mempunyai kemudahan internet, begitu juga dengan pekan-pekan kecil di seluruh negeri mempunyai kemudahan WIFI bagi kemudahan rakyat. Semua kampung-kampung di seluruh negeri boleh mencapai talian “handphone” dengan kualiti yang baik. Diantara yang boleh dilakukan ialah menyediakan geran kemudahan internet dan wesbite kepada pengusaha untuk tempoh setahun. 

 Begitu juga dengan kemeterian Rosnah Rashid Shirlin, saya kira jika kita boleh menyediakan klinik-klinik desa yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan kakitangan yang cukup di kampung-kampung, rakyat Sabah akan dapat menikmati kualiti kesihatan yang lebih baik. Kerajaan juga perlu mempunyai program yang khusus bagi melahirkan lebih ramai doktor di kalangan rakyat Sabah. Melalui pendekatan inilah Sabah dapat mengatasi masalah kekurangan doktor di hospital-hospital awam.

Akhir sekali, kepada Datuk Anifah Aman tugas penting Datuk ialah menyelesaikan isu-isu asas Sabah iaitu masalah kebanjiran pendatang-pendatang asing dan isu tuntutan kerajaan Filipina ke atas negeri Sabah.

Untuk dalam tempoh yang ada kita berharap dengan jawatan yang telah diberi, tiada lagi alasan bahawa Sabah dipinggirkan. Kunci sudah diberikan kepada 9 orang menteri dan timbalan menteri. Rakyat akan menghakimi untuk tempoh beberapa tahun ini.

Sekian

LAMPIRAN
Menteri
1. Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok (UPKO)

2. Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal (UMNO)

3. Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili  (PBS)

4. Menteri luar
Datuk Anifah Aman (UMNO)

Timbalan Menteri
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Liew Vui Keong (LDP)

2. Menteri pengangkutan 
Datuk Abdul Rahim Bakri (UMNO)

3. Menteri sumber asli dan alam sekitar
Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)

4. Menteri kesihatan
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (UMNO)

5. Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Lajim Ukin (UMNO)

Advertisements

Leave a comment

Filed under News

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s