Hujjah dirampas, Harakah dikembalikan; apa muslihat Najib?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

MEMANG satu sejarah pun. Harakah yang digantung penerbitan selama tiga bulan bermula 23 Mac – hari gelita kebebasan akhbar Malaysia – tiba-tiba pada malam 3 April, Perdana Menteri baru, Dato’ Seri Najib Razak melalui kenyataan ringkas di TV, mengumumkan arahan itu ditarik balik.   

Tepat jam 8.20 malam, kami menerima faks surat Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar yang memaklumkan keputusan menarik balik penggantungan itu berkuatkuasa serta-merta.

Panggilan telefon SB

Sedangkan pada jam 9 pagi, hari yang sama, saya menerima panggilan telefon daripada seorang anggota polis Cawangan Khas (SB) Bukit Aman yang memberitahu bahawa akhbar tidak berkala, Hujjah – yang kami terbitkan sebagai alternatif kepada Harakah – perlu diambilnya bagi tujuan siasatan.

Dalam masa sama, saya menerima SMS, “1350 naskhah Hujjah dirampas di Bukit Mertajam atas kesalahan melanggar Seksyen 5(1) dan 11(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984”.

Pencetak di Shah Alam pula memberitahu bahawa selepas solat Jumaat, unit penguatkuasa bahagian kawalan penerbitan, KDN akan mengunjungi premis mereka.

Sebelum itu, saya sudahpun mencetak ratusan ribu risalah mengecam langkah “bacul-penakut” KDN menggantung penerbitan Harakah, anggaran sebanyak 25 keluaran. Sebahagian kecil daripadanya, termasuk stiker dan poster, telah diedar kepada orang ramai sewaktu kami menghadiri perhimpunan raksasa 50,000 orang pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Bukit Gantang, di Taiping.

Ramai juga yang memesan kemaja-T “bebaskan Harakah” yang kami pakai pada hari itu. Mereka tertarik untuk turut sama berkempen membebaskan Harakah. Saya sekadar dapat berjanji untuk memenuhi harapan mereka yang ternyata begitu bersemangat.

Namun, Najib lebih licik dan, untuk pusingan pertama, mungkin dapat memintas kami. Ketika ramai orang marah dan imejnya semakin memburuk, beliau memilih untuk membuat pengumuman awal, pada hari beliau mengangkat sumpah jawatan PM, bahawa penggantungan Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik serta-merta.

Taktik Najib sudah ditelah

Sebenarnya rakan-rakan media saya telah menduga taktik Najib ini beberapa hari lalu. “Selain mahu memulihkan imejnya, Najib akan pastikan tiga pilihan raya kecil 7 April, terutama Bukit Gantang dimenangi BN,” kata seorang editor kanan sebuah akhbar harian terkenal.

Bukit Gantang, kata rakan saya itu, jauh lebih penting kepada Umno-Najib berbanding Bukit Selambau, apatah lagi Batang Ai. ia satu referendum, atau pungutan suara rakyat terhadap pemerintahan Najib. Lagi pula Najib adalah Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang bertanggungjawab secara langsung dalam operasi tidak bermoral rampasa kuasa, awal Februari lalu.

Dari sudut lain, langkah menyekat Harakah dalam zaman internet ini langsung tidak membawa kesan besar. Apatah lagi terdapat ruang dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang membenarkan penerbitan bahan tidak berkala, iaitu yang diterbitkan hanya sekali.

Saya ada pengalaman tersendiri apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan penerbitan akhbar Haraki tidak bercanggah dengan undang-undang kerana ia diterbitkan sekali sahaja.

Desakan rakyat juga tinggi, amarah pembaca Harakah sukar dibendung dan Najib tiada pilihan melainkan cuba mempamerkan imej lebih terbuka sepertimana ditunjukkan mentornya, Dr Mahathir Mohamad ketika mula menjadi Perdana Menteri, 1981. (Mahathir masuk semula Umno selepas Najib dilantik PM dan Abdullah yang “dibencinya” tidak lagi Presiden Umno).

Bagaimanapun, masih banyak sekatan ke atas Harakah yang perlu ditarik balik, antaranya syarat-syarat ketat jualan dan isi kandungan yang cukup terbatas. Najib harus bersedia untuk memansuhkan segala peraturan yang karut-marut itu. Saya perlu ruang selesa untuk membahaskan hal ini …
 
Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020184&Itemid=39

Advertisements

Leave a comment

Filed under Election, News

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s