BUKIT GANTANG : SEHARIAN BERKEMPEN BERSAMA HJ NIZAR

Hj Nizar menyantuni orang ramai di gerai gulai Ikan Sembilang, Kg. Kepala Bukit Kempen hari ketiga calon semakin rancak, menarik dan memikat pengundi. Hari ini seharian saya mengiringi calon ke beberapa buat tempat di DUN Trong termasuk Pulau Pasir Hitam. 

Program bermula dengan ramah mesra sambil bersarapan pagi di gerai gulai Ikan Sembilang, Kg. Kepala Bukit, bersalam-salaman dengan orang ramai di pasar, merasmikan kelab penyokong PAS di Sg. Kerang, bersalam-salaman sambil mengedar risalah di kedai-kedai kopi dan runcit di pekan Sg. Kerang, melawat perkampungan nelayan di jeti Sg.Kerang, beramah mesra dengan petugas-petugas PAS di DUN Trong, menziarahi kematian di Kg. Kelubung dengan memimpin bacaan tahlil dan makan tengahari di restoran Sg. Kerang.

Calon memimpin bacaan tahlil di Kg. Kelubong, Trong Menaiki bot menuju ke Pulau Pasir Hitam Selepas berehat seketika dan solat Zohor, kami terus ke jeti Sg. Kerang untuk menaiki bot ke Pulau Pasir Hitam. Perjalanan memakan masa hanya 30 minit sahaja.

Rombogan kami disambut oleh sebahagian penduduk tempatan dan juga petugas-petugas PAS yang lebih awal sampai ke situ. Bendera PAS berkibaran di pengkalan jeti Pulau Pasir Hitam, saya sempat diberitahu oleh petugas tempatan, kibaran bendera PAS tidak pernah wujud sebelum ini di kampung tersebut. Rombongan calon juga turut disambut oleh tiga orang pegawai polis yang bertugas. Setelah diberi taklimat ringkas, calon terus mengunjungi penduduk kampung yang majoriti orang Cina dari rumah ke rumah.

Pendek kata setiap pengundi Cina ditemui di setiap rumah, cuma sayangnya, ketika kami sampai kebanyakan mereka belum pulang dari mencari pendapatan menangkap ikan dilautan.

Sentuhan-sentuhannya calon cukup memikat hati para pengundi, para pengundi cukup tertarik dengan Hj Nizar yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Cina. Sebelum kami meninggalkan pulau tersebut, calon diberi peluang menyampaikan sedikit ucapan kepada penduduk, ucapannya diberi tepukan gemuruh oleh penduduk kampung. Mereka memberi jaminan akan mengundi PAS 100 % pada pilihanraya kali ini.

Menurut penduduk kampung, pulau Pasir Hitam sudah wujud hampir lebih Nizar melawat sekolah50 tahun dulu, pulau tersebut mempunyai lebih kurang 300 pengundi, tetapi yang tinggal menetap di situ lebih kurang 200 pengundi, yang lain-lain berhijrah Taiping, Ipoh dan lain-lain. Mempunyai sebuah sekolah yang boleh menempatkan 100 murid tetapi hanya mempunyai 2 orang murid dan 4 orang guru sahaja. Tidak mempunyai kemudahan letrik dan air, tenaga letrik hanya bergantung kepada generator, manakala air hujan yang ditadah menjadi sumber untuk makan minum dan mandi manda.

Begitulah nasib mereka di bawah pemerintahan BN selama 50 tahun tetapi kebajikan rakyat di Pasir Hitam diabaikan. Anak-anak muda pula semuanya berhijrah ke kota-kota kerana selain menjadi nelayan, peluang pekerjaan lain tidak ada.

Sumber asal : http://misabah.blogspot.com/2009/03/seharian-berkempen-bersama-hj-nizar.html

Advertisements

Leave a comment

Filed under Election

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s