Bukit Gantang : Perkasa Politik Baru

PAS mengajak pengundi Bukit Gantang buat keputusan

TAIPING, 31 Mac: PAS mengajak pengundi Bukit Gantang menolak politik lama dan usang bawaan Barisan Nasional (BN) dan memperkasa politik baru yang kini dikemukakan Pakatan Rakyat (PR).

Calon PAS Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berkata, pilihan raya Bukit Gantang adalah ukuran yang akan diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk menentukan perkara ini.

Pilihanraya kecil ini bukan sekadar soal memilih seorang wakil di parlimen,” kata Nizar kepada berpuluh-puluh wartawan yang menemui beliau di Markaz Besar Pilihanraya PAS Air Kuning.

Sudah lebih 50 tahun katanya rakyat diperbodohkan dengan anggapan bahawa berpolitik adalah satu kegiatan berkisar soal-soal kecil seperti soal habuan dan pembangunan fizikal.

“Kempen kali ini bukan lagi menumpu pada peribadi calon-calon yang bakal dipertaruhkan dan tentang kredibiliti parti-parti yang tampil bertanding.

“Bukan juga tentang isu-isu malar segar seperti isu air, bekalan elektrik, pembangunan fizikal, longkang, lampu jalan dan sebagainya,” ujarnya.

Tetapi menurut beliau, rakyat diminta membuat deklarasi melalui pilhanraya kecil ini untuk menolak politik perkauman sempit anjuran BN.
Politik lama yang mempermainkan demokrasi, membiarkan kezaliman, menyekat kebebasan bersuara dan memberi layanan terpilih dalam memberi khidmat kepada rakyat katanya, harus ditolak untuk selama-lamanya.

Beliau mengingatkan pengundi bahawa mereka mempunyai peluang besar untuk memutuskan supaya segala tindakan tidak bermoral dan bercanggah dengan nilai sejagat sebagaimana diamal pemerintahan BN dihentikan.

“Bayangkan bagimana kami wakil-wakil rakyat yang dipilih secara sah untuk membuat keputusan bagi pihak mereka dihalang oleh pihak yang kononnya mengawal keselamatan, untuk bermesyuarat,” ujar beliau.

Perkara ini katanya adalah satu pencabulan terhadap apa saja konsep dan pegangan yang diterima dalam amalan demokrasi dan keadilan.
Segalanya boleh selesai katanya kalau rakyat memilih untuk bersama politik baru dan meninggalkan keburukan Baisan Nasional

Sumber : http://siasahdaily.blogspot.com/2009/03/perkasa-politik-baru.html

Advertisements

Leave a comment

Filed under Election

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s