Email lama : Kenangan lama Di Sabah

Email ni kami terima pada 23hb mac  2000, iaitu sembilan tahun yang lalu. Semoga ada manfaatnya – Webmaster

Dua belas tahun yang lalu (1988), saya telah bertugas di Lahad Datu. Hampir berbulan saya terpisah jauh dari rakan-rakan seperjuangan dalam PAS. Di bandar itu, saya berasa terlalu asing tiada Cawangan PAS dan kumpulan usrah untuk melaporkan diri.

Bagi mencari kawan dan Harakah, saya kerap turun ke Bandar Tawau dengan keluarga. Terlalu sukar mencari ahli PAS dan kenalan bagi pendatang baru seperti saya waktu itu. Akhirnya saya berjaya bertemu dengan pimpin utama PAS di sana (di pasar). Layanannya hambar tetapi saya diminta mengunjungi seorang teman di Bank Bumiputera Malaysia Berhad cawangan Tawau (Syed Atikullah). Beliau amat peramah dan friendly. Saya mendapat maklum bahawa beliau dikatakan telah berpindah ke Pahang. 

Apa yang ingin saya paparkan di sini ialah betapa pentingnya markaz / pejabat PAS diwujudkan disesebuah kawasan bagi menjadi tempat pertemuan/melapor diri ahli-ahli, lebih-lebih lagi aktivis PAS yang dipaksa berhijrah di tempat yang asing.

Ahli-ahli dan khasnya pimpinan tidak rugi mengamalkan sifat peramah dan meraikan tetamu, ini semua akhlak seorang muslim apatah lagi para pendokong dakwah. Kerana pernah ditarbiahkan secara langsung ketika di semenanjung maka saya berusaha mencari ahli-ahli usrah di Lahad Datu.

Peringkat awalnya saya telah mengikuti usrah bebas (yang diketuai oleh ahli IRC/ ABIM Perlis?) rupa-rupanya ada kalangan mereka menjadi ahli PAS tetapi tidak aktif. Alhamdullilah, akhirnya sebahagian besar ahli usrah tersebut bersatu menaja Cawangan PAS pertama. Kami juga dapat menyatukan ramai sahabat-sahabat yang terbuang dari Felda Sahabat melalui program usrah bulanan dan aktiviti kekeluargaan.

Kami juga peringkat awalnya berjaya memainkan peranan dalam aktiviti keagamaan setempat. Antaranya berjaya mengujudkan kelas fardhu ain untuk para muslimat yang sebahagian besarnya didatangi oleh kaum ibu tempatan. Sedihnya, kelas itu dilaporkan terhenti selepas ramai rakan-rakan kembali ke semenanjung. Saya kira sikap tidak peka sebahagian ahli-ahli khasnya yang bergelar ustaz yang tinggal untuk meneruskan agenda mulia itu menyebabkan kegagalan kelas tersebut. Saya kira ramai kaum ibu yang pernah mengikuti kelas tersebut kehilangan sesuatu yang bernilai kerana program begitu amat diperlukan bagi mereka. Sepatutnya gerakan dakwah dan menarik perhatian kaum tempatan terhadap PAS perlu diaktifkan.

Setelah hampir 10 tahun meninggalkan bumi Sabah, tahun 1999 dan 2000 saya berkunjung ke sana. Saya sempat ke Tawau, Lahad Datu, Keningau sehinggalah ke Papar dan Kota Marudu. Jalan raya masih begitu juga. PAS masih asing. Saya terserempak seorang pemuda yang berani membaca Harakah di sebuah warung di Kota Marudu, melalui perkenalan singkat saya dimaklumkan bahawa beliau pernah digari kerana mengedar Harakah !! semoga Allah memberkati beliau.

Di Kota Belud, saya bertemu rakan persekolahan tahun 1974/75 (Seremban). Melaluinya saya merasakan orang-orang di sana sama seperti penerimaan orang melayu Negeri Sembilan dan Johor sebelum pasca DSAI(Dato Seri Anwar Ibrahim), terlalu asing. Di KK (Kota Kinabalu) saya berbual dengan rakan sabahan yang aktif dalam Pemuda UMNO, beliau menyanjungi para ulama PAS yang memimpin negeri Kelantan dan Terengganu. Katanya PAS parti orang baik, parti orang melayu, beliau menyatakan ramai pimpinan UMNO Sabah melihat PAS parti orang baik. Pernah seorang tua haji (bekas pimpinan Usno) Lahad Datu yang mempunyai ribuan hektar ladang berkata, “ Nik Aziz orang alim tapi dia bodoh sebab dia tak bikin kerja haram tapi bodoh sebab tak bagi peluang yang ada kepada parti, kawan dan orang lain, inilah masanya kita sapuuu…”  Inilah kenangan sepanjang perjalanan dan bermusafir di Sabah. Saya berdoa agar sahabat-sabahat di sana meneruskan perjuangan yang mulia ini.

Saya ingin menyarankan supaya lebih banyak pondok-pondok atau kelas-kelas fardhu ain dibuka untuk penduduk tempatan yang dahagakan ilmu Islam. Kekalkan PAS parti orang baik ! Pastikan ramai tokoh/anak tempatan ditarbiahkan sebagai pelapis. Sudahkah PAS membuka Cawangan di Kota Marudu, Keningau, Papar, Beaufort ? Alangkah bagusnya jika PAS dapat membuka pejabat di pusat bandar besar spt Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan lain-lain. Ini pasti memudahkan ahli-ahli atau masyarakat awam berkunjung. Apakata jika ada bilik-bilik untuk sewaan, boleh jugak musafir seperti saya menumpang diri. Jangan lupa meletakkan signboard PAS di tempat strategik. PAS Sabah harus yakin BOLEH !!

Wassalam

Abu Afdhal
Kuala Lumpur

Advertisements

Leave a comment

Filed under General

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s