KOMEN PILIHAN

Komen ini asalnya diambil dari blog Tinta Merah – Mohd Sayuti Omar, penulis yang tidak asing lagi. Untuk makluman PAS telah bertapak di kawasan pendalaman Sabah 10 tahun yang lalu dimana telah berjaya menubuh PAS Kawasan Keningau. Sehingga hari ini PAS Keningau masih aktif khususnya di bidang dakwah dan pendidikan. Manakala di Tenom ahli-ahli PAS bergerak dengan aktiviti usrah dan kebajikan. InsyaAllah PAS akan mengembangkan sayapnya di Parlimen Tenom dan Pensiangan jika semua keperluan telah dipenuhi. – Webmaster

Assalamualaikum tuan,
Mungkin tuan terkejut, nama saya mathew. Saya sebenarnya seorang mualaf. Saya memang ahli UMNO tetapi bukan kerana saya ahli UMNO, maka saya menyokong segala tindakan pemimpin UMNO yang menyalahi dari segi nilai dan moral.

Saya ingin berkongsi pendapat bahawa ramai juga dalam kalangan ahli UMNO yang tidak suka dengan tindak-tanduk pemimpin UMNO.

Kalaulah teori ini benar dan Najib tidak menjadi perdana Menteri, kamilah orang yang paling gembira. Ahli UMNO biasa yang tidak ada nilai projek, kedudukan atau pangkat.

Bila masuk UMNO pada tahun 1993, kami cuma mahu UMNO mentadbir negara dengan baik. Peranan DSAI pada masa itu, menjadikan saya dan rakan-rakan melihat UMNO sebuah parti yang hebat.

Tapi hari ini nampak sangat pemimpin-pemimpin UMNO ni terlalu kotor, rasuah dan kurang bermoral. Kalau Parti PAS ada cawangan di daerah Tenom ini, sudah lama saya menyertai pas kerana tidak mahu bersengkongkol dengan dosa-doas pemimpin-pemimpin UMMNO.

– MATHEW

Advertisements

Leave a comment

Filed under General

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s