UMNO Hanya Tinggal Sabah dan Sarawak : YB Wahid Endut

wahidendutCeramah Umum Pakatan Rakyat (PR) anjuran Dewan Pemuda PAS Sabah (DPPNS) yang bertempat di Palace Hotel, mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat Sabah khususnya yang tinggal di kawasan sekitar Kota Kinabalu.

Antara ahli panel dalam majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Abd Wahid Endut selaku VVIP khas, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Haji Hamzah Abdullah, Ahli MT Keadilan, Tuan Haji Ansari Abdullah dan wakil Ahli Parlimen Kota Kinabalu dari DAP. Ceramah yang diadakan ini menyentuh mengenai kemenangan kerajaan Pakatan Rakyat di Parlimen Kuala Terengganu dan kupasan isu politik semasa negeri Perak.

Ketika berucap kepda lebih kurang 500 orang penyokong Pakatan Rakyat, YB Abdul Wahid Endut berkata, “Kemenangan kerajaan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu telah memberikan tamparan hebat buat kerajaan Barisan Nasional. Ini telah membuktikan bahawa di semenanjung, rakyat telah menolak sepenuhnya kerajaan Barisan Nasional setelah mengalami kekalahan di dua pilihanraya kecil iaitu di Permatang Pauh dan juga Kuala Terengganu”.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga ADUN Wakaf Mempelam itu berkongsi rahsia kemenangan PAS di Terengganu baru-baru ini iaitu 1) Jangan mencari musuh dan jangan lari apabila berjumpa musuh. 2) Istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan. 3) Menjaga hubungan dengan Allah SWT. 4) Jangan suka berbalah. 5) Sabar. “UMNO-BN kini hanya bergantung kepada Sabah dan Sarawak untuk kekal memerintah Negara ini. Jika Pakatan Rakyat boleh merampas Sabah dan Sarawak, Barisan Nasional akan tumbang sepenuhnya”, Ujar beliau lagi.

YB Abdul Wahid Endut juga menyentuh mengenai soal hukum hudud yang menjadi dasar kepada perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang kini telah diterima dengan baik oleh masyarakat yang bukan Islam. Beliau berkata, “ Dulu di Terengganu, orang cina dan India yang non muslim sangat prejudis terhadap hukum hudud kerana di hasut oleh UMNO dan Barisan Nasional tetapi sekarang tidak lagi”. Tambah beliau lagi, “Kawan-kawan kita yang non muslim sedar bahawa UMNO-BN tidak lagi boleh dipercayai kerana suka menipu dan merampas hak rakyat”.

Ceramah umum pada malam tersebut diakhiri dengan perasmian jom sertai PAS peringkat Pantai Barat Sabah oleh YB Abdul Wahid Endut dengan harapan penyokong muda yang menjadi sasaran utama kempen ini beralih kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum yang akan datang.

Kiriman: Altawawi Tawau

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s