Taklimat dan dialog isu PPSMI di Sabah berjalan lancar

Kota Kinabalu, – Bertempat di Idaman Villa, Putatan Kota Kinabalu, taklimat dan dialog isu PPSMI berjalan dengan lancar walaupun kehadiran agak kurang memuaskan.

Jemputan Khas pada sesi dialog ini iaitu Sdr Khairul faizi selaku AJK GMP yang juga menjawat sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Johor pada sesi tersebut turut, dihadiri oleh Cikgu Anuar Ali selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Abdul Razak Jamil selaku Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan Sabah dan Dato Halik Zaman.

Pada sesi tersebut, Sdr Khairul Faizi telah memberikan penjelasan tentang situasi terkini isu PPSMI yang berlaku disemenanjung. “ kita telah mendapat sokongan yang padu daripada pejuang-pejuang bahasa terutamanya dari pihak GAPENA dan beberapa lagi NGO-NGO lain yang turut bergabung bersama dengan kita”.

Beliau juga menambah bahawa kedegilan Kementerian Pelajaran dalam isu PPSMI ini telah menimbulkan reaksi tidak senang rakyat di Negara ini.

“ Kesan pelaksanaan PPSMI ini begitu jelas memberikan kesan yang buruk kepada sistem pendidikan di Negara ini. Bagaimana Dato Hisyamudin masih mahu berdalih lagi sedangkan rakyat dipelbagai peringkat telah merasai akibat daripada pelaksanaan PPSMI ini ”, ujar beliau lagi.

Beliau juga menambah bahawa gelombang kebangkitan rakyat kini akan disatukan dalam satu himpunan besar-besaran pada 7 mac ini dan GMP telahpun mendapat sokongan yang baik dipelbagai peringkat.

Your browser may not support display of this image.Pada sesi itu juga, Sdr Abdul Razak Jamil ketika memberikan pandangan beliau terhadap isu PPSMI di Sabah ini berkata “ Kita seharusnya ada usaha yang lebih berkesan ke arah membuka minda rakyat Sabah mengenai isu PPSMI ini.

Ujar beliau lagi, “pada peringkat permulaan ini kita jemput dahulu pejuang-pejuang veteran kita seperti Dr Hasbullah Awang dan beberapa orang lagi untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan apakah langkah seterusnya”.

Md. Nasirin seorang guru Bahasa Inggeris berpengalaman yang juga salah seorang peserta dialog tersebut berkata, “ sebenarnya yang perlu ditingkatkan dalam aspek ini iaitu sistem pengajaran atau silibus Bahasa Inggeris itu sendiri dan bukannya dengan pelaksanaan PPSMI ”.

Tambah beliau lagi, “ seharusnya, aspek ‘listening and speaking’ yang perlu ditambah dalam silibus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan ini memang terbukti mampu meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar-pelajar sekolah “.

Majlis sesi dialog tersebut berakhir pada jam lebih kurang 11.30 pagi dengan semua yang hadir bersetuju bahawa satu tindakan yang berkesan akan diadakan selepas ini untuk memastikan isu PPSMI ini mendapat sokongan dikalangan masyarakat Sabah.

Advertisements

Leave a comment

Filed under General

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s