Tawau buka tirai gabungan Pakatan Rakyat di Sabah

Roslan Ramli
Tue | Jun 10, 08 | 6:40:19 am MYT 

TAWAU, 10 Jun (Hrkh) – Mesyuarat pertama antara pimpinan PAS , KeADILan dan DAP telah diadakan baru-baru ini di Pejabat PAS Tawau, Sabah. 

Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membentuk jawatankuasa bertindak terhadap isu-isu masyarakat dan merangka aktiviti bersama untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat di Sabah.

PAS diwakili oleh AJK Badan Perhubungan PAS negeri Sabah, Mohamad Husain, Ketua Pemuda PAS Tawau, Mohammad Nasir Ali, dan Norsyahidzan Saad, AJK Pemuda PAS Tawau. DAP diwakili oleh YB.Jimmie Wong, Adun Sri Tanjung serta beberapa orang AJK DAP kawasan, manakala KeADILan diwakili oleh AJK Pemuda KeADILan Tawau.

Menurut Mohamad Husain, mesyuarat tersebut telah berjaya mencungkil idea-idea baru untuk mendepani cabaran politik di Sabah.

Aktiviti yang bakal dilaksanakan adalah berbentuk kebajikan dan majlis penerangan kepada rakyat.

Mesyuarat juga sepakat untuk mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga barang di pasar-pasar utama Tawau. – mks.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Pakatan Rakyat

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s