Oleh Nyza Ayob

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Hrkh) – Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh melahirkan kesyukuran di atas kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai semalam serta merakamkan ucapan terima kasih kepada tenaga dan jentera pilihan raya PAS yang telah bertungkus lumus sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.

Beliau berharap dengan kemenangan tersebut, jentera parti akan lebih bersungguh-sungguh pada masa akan datang agar dapat memastikan kemenangan dapat dikekalkan

“Kita jangan berasa selesa dengan kemenangan ini. Seharusnya kita meningkat gandakakan usaha agar dapat memperbaiki segala kelemahan dan seterusnya kemenangan ini dapat dikekalkan.

“Justeru, saya menyeru kepada semua ahli PAS dan penyokong PAS sentiasa bersyukur dengan kemenangan yang diperolehi ini,”katanya.

Dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang berlangsung semalam, PAS mendapat 5,348 undi mengalahkan Barisan Nasional dengan 5,283 undi dengan majoriti 65 undi. – azm _


Leave a Comment


You must log in to post a comment.