By Wartawan Kita
KUALA LUMPUR, 20 Jun – Lajnah ICT PAS Pusat mengambil satu lagi pendekatan proaktif bagi memastikan semua rakyat Malaysia dan Dunia mendapat akses sebenar tentang situasi perjalanan Pilihanraya di Malaysia yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Pengerusinya, Ustaz Abdul Ghani Samsudin memaklumkan, laman web yang bertagline ‘tok guru memimpin, Manek Urai berkat’ itu akan dilancarkan secara rasmi pada majlis pengumuman calon di Manek Urai nanti.
Ruangan yang terbatas dalam beberapa media utama tanah air termasuk laporan yang tidak adil menjadikan PAS menggunakan teknologi internet sebaiknya untuk menyampaikan ucapan dasar mereka kepada orang ramai.
Laman web khas yang boleh dilayari melalui http://prkn041.pas.org.my ini ujar Abdul Ghani diselia oleh Jabatan IT PAS Pusat dan telah pun beroperasi sejak beberapa minggu lalu.
Laman tesebut memuatkan berita-berita terkini, kenyataan media, bahan kempen, video rakaman, album, jadual yang boleh dimuat turun oleh penyokong dan pendokong bagi membantu aktiviti kempen.
Ke semua ceramah, akiviti kempen dan sebagainya bakal di sajikan kepada orang ramai secara telus dan terbuka melalui siaran langsung webtv akan dipaparkan dari masa ke semasa di laman tersebut.
“Web ini diharap menjadi sebagai satu wadah perkongsian pintar dalam era teknologi masakini. Serentak dengan itu juga Lanjnah ICT mengisytiharkan laman tersebut akan menjadi laman rasmi parti bagi Pilihanraya Kecil Manik Urai, Kelantan,” katanya kepada wartawan LICT


No Comments Yet