KOTA KINABALU :  Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Anuar Ali menyatakan sokongan PAS terhadap usaha oleh lima gabungan NGO menentang penggunaan tenaga tidak bersih di negeri Sabah.

“PAS menyokong usaha samada individu atau persatuan bagi memelihara ekosistem dan alam sekitar negeri ini daripada sebarang ancaman pencemaran . Usaha ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam dimana Al Quran mengajar agar umat manusia  jangan melakukan kerosakan di atas muka bumi.”, Beliau berkata demikian sebagai tanda sokongan lima Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Green Surf (Sabah Unite to Re-Power the future).

Lima NGO tersebut dianggotai  Land Empowerment Animals and People (Leap), Partners of Community Organisation (Pacos Trust), Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (Sepa), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Cawangan Sabah dan Pejabat WWF- Malaysia Sabah. Pakatan yang telah dilancarkan di Pantai Tanjung Aru ingin mengemukakan satu penyelesaian positif terhadap keadaan tenaga di negeri ini.

Menurut pengasas dan pengarah Green Surf, Cynthia Ong pakatan ini dibentuk bagi memenuhi gesaan dan rayuan orang ramai.

“Pembinaan loji yang menggunakan tenaga arang batu adalah bertentangan dengan semua usaha pemuliharaan dan mengancam kebersihan alam sekitar,” katanya pada sidang akhbar di sini.

“Kami bukan anti kerajaan tetapi kami menyokong usaha kerajaan mencari penyelesaian baru dan kami bersedia memberi sokongan (terhadap penyelesaian tersebut), kata beliau lagi.

Sebelum ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan Felda Sahabat di Lahad Datu sanggup menyediakan tapak alternatif bagi pembinaan loji berkenaan bagi membantu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan elektrik yang sedang melanda negeri ini. Namun demikian ianya tertakluk kepada kelulusan laporan kajian kesan terhadap alam sekitar (EIA).

Oleh Muhamad Zaidi

KUNDASANG, 28 Okt: Pendukung-pendukung jemaah Islam di Sabah perlu menguasai media baru dan menjuarai program kebajikan bagi untuk melebarkan lagi sayap perjuangan PAS.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Ahmad Dullah berkata, pendukung PAS di Sabah hendaklah mengutamakan program-program kebajikan termasuk menyampaikan beras dan membaiki rumah penduduk miskin.

“Melalui program seumpama itu penduduk akan ingat sampai bila-bila kepada pemimpin PAS kerana ia tidak dilakukan pemimpin BN di sini.

“Biar pun kita tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak namun melalui kesungguhan tersebut ia dapat membantu melebarkan lagi sayap PAS di Sabah,” katanya pada perasmian penutup Konvensyen IT PAS Sabah di sini baru-baru ini.

Menurutnya juga keupayaan PAS bertapak kukuh di Sabah sekarang begitu dibimbangi pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ini kerana katanya, pemimpin PAS mempunyai prinsip yang lebih jelas dalam perjuangan dan tidak mudah terpengaruh dengan umpan bersifat keduniaan.

Beliau juga berkata, melalui penguasaan terhadap media baru khususnya teknologi komunikasi maklumat ia dapat merancakkan lagi medan dakwah dan siasah.

“Sekiranya kita gagal menguasai teknologi maklumat kita akan ketinggalan. Ini kerana kemunculan media baru menjadi kegemaran kepada anak-anak muda.

“Malah keupayaan kerajaan Barisan Nasional menguasai media menyebabkan mereka mampu bertahan sehingga sekarang,”katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Aminuddin Aling, Ketua Penerangan, Hisyamuddin Sulaiman, Ketua Dewan Pemuda, Lahimi Latigu, Ketua Dewan Muslimat, Zaiton Ahmad, Pengarah IT PAS Pusat, Zuhaimi Embong, Pengarah Harakah, Taukef Yahya dan Pengarah IT PAS Sabah, Alimin Jasman.

Konvensyen selama dua hari itu dikendalikan pasukan Jabatan IT PAS Pusat dan Harakah. Seramai 150 peserta mengikuti program berkenaan yang diadakan di sebuah resort di kaki Gunung Kinabalu.

Perasmian program berkenaan yang diadakan sehari sebelum itu disempurnakan pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin.

Ahmad berkata, peranan dimainkan media cukup penting misalnya di Indonesia kejatuhan regim Suharto dikaitkan dengan penentangan secara terbuka media massa di negara berkenaan.

“Oleh itu kewujudan media baru dan media alternatif patut dijadikan aset oleh pendokong-pendokong jemaah dalam memperkasakan dan melebar pengaruh gerakan Islam,” ujarnya.

Ahmad juga berharap konvensyen tersebut dapat melahirkan penulis, wartawan dan blogger yang boleh memberi pandangan bagi membina anjakan paradigma kepada masyarakat di Sabah.

Menurutnya juga Harakah sebagai media oposisi dapat melantik pemberita-pemberita di setiap daerah di negeri tersebut bagi menyalurkan maklumat kepada orang ramai ke seluruh negara. _

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Jabatan IT PAS Negeri Sabah sekali lagi mengambil langkah proaktif dalam usaha menganjurkan Konvensyen IT Negeri Sabah kepada 150 aktivis PAS seluruh Sabah. Konvensyen IT Sabah yang diadakan setiap dua tahun sekali ini adalah untuk memantapkan Jabatan IT PAS Sabah dan penggiat IT PAS di Sabah secara amnya.

Konvensyen yang bermula pada 24 dan 25 Oktober itu turut dianjur bersama oleh Jabatan IT PAS Pusat yang diketuai ketuanya, Zuhaimi Embong dan Harakah yang diwakili Taufek Yahya dan wartawannya Lan Jusoh sebagai moderator program dan bengkel.

Dalam program tersebut, peserta telah dibahagikan kepada 3 modul asas iaitu asas kewartawanan, asas blogger dan asas internet. Dalam modul tersebut, peserta turut diberikan tugasan bagi memantapkan ilmu yang telah disampaikan.

Menurut seorang peserta yang mengikuti modul asas kewartawanan, pengisian dalam konvensyen kali ini amat berguna dan merupakan ‘benda baru’ kepada mereka sebagai penulis muda.

Sebelum konvensyen ini berakhir, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, Ahmad Dollah, telah melancarkan ‘blog sahabat blogger Sabah’. Matlamat blog tersebut adalah untuk menghimpunkan blogger seluruh negeri Sabah terutamanya blogger-blogger PAS dalam menyatukan fikrah penulisan berkaitan PAS.

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsudin yang turut sama dalam konvensyen tersebut, berkesempatan untuk melancarkan PAS bagi kawasan Ranau.

KOTA KINABALU :  PAS Sabah meminta Kementerian Sumber Manusia membuat siasatan terhadap masalah gaji pekerja balak di Sabah yang hanya menerima RM 12 sehari atau RM 240 sebulan.

“Apabila majikan memotong caruman bulanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Levi, akhirnya pekerja hanya menerima gaji dalam RM 180 sahaja”, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah sebagai reaksi terhadap laporan sebuah akhbar tempatan oleh Setiausaha Kesatuan Pekerja Industri Balak Sabah (STIEU), Jevry Anggah.

“Kita juga menerima laporan dimana terdapat majikan yang membuat potongan KWSP dan PERKESO gagal mencarum dengan KWSP dan PERKESO. Perkara ini disedari apabila pekerja tersebut pergi membuat semakan di pejabat KWSP atau membuat tuntutan kemalangan di pejabat PERKESO”, kata beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pekerja, Setinggan dan Peneroka Bandar.

Hamzah memberitahu masalah ini telah lama dibangkitkan tetapi malangnya Kementerian Sumber Manusia terlalu lembap mengatasi masalah yang berlaku.

PAS menggesa kerajaan mengambil langkah-langkah segera bagi membantu para pekerja agar dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan keluar dari paras kemiskinan.

Jevry Angggah dalam kenyataan beliau, mendakwa kebanyakan pekerja di bawah Kesatuan Pekerja Industri Balak (STIEU) masih menerima gaji RM 12 sehari atau RM 240 sebulan. Kadar gaji yang rendah tersebut telah menjejaskan produktiviti para pekerja dan hidup di bawah para kemiskinan.

‘Timber workers still getting below RM250 monthly’- Daily Express
Published on: Friday, October 09, 2009 

Kota Kinabalu: Sabah Timber Industry Employee Union (STIEU) Secretary, Jevry Anggah, said employees under the union deserve a salary raise.

“The salary rate of a worker effects his productivity. A well paid worker will perform better than the ones without. Employers should be fair towards their employees by taking into consideration of their specialities, loyalties and commitment that they have shown.

“They are the live assets for the company, which have contributed so much to the country’s economic development,” said Jevry, in a statement.

“The fact is that many workers in the timber industry are currently receiving wages of only about RM240 each month. Moreover, there are still workers being paid RM12 per day.

“More shocking is the fact that many workers are forced to squeeze their family into the same house along with other workers’ families just because the employer cannot provide them with proper accommodation,” said Jevry.

He urged the Government to act on this situation and help those low income workers so that they could also enjoy better life quality.

“Should there be no action taken to help these underpaid workers, the government’s aim to eradicate poverty would never be achieved,” he added.

Tarikh : 25 Oktober 2009

1. PAS Sabah ingin membuat penjelasan terhadap beberapa perkara yang ditimbulkan dalam laman web / blog tertentu bagi mengelak kekeliruan berkaitan kenyataan / tulisan yang YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dalam perkara mengadakan Mesyuarat Agung Khas PAS.

2. Kami ingin menyatakan bahawa PAS Sabah tidak pernah terlibat dalam apa cara sekalipun dengan teguran rombongan daripada Sabah (kalau ada) mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang (kononnya) condong kepada UMNO berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang di dakwa.

3. PAS Sabah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Agung PAS Pusat, sama ada akan mengadakan Mesyuarat Agung Khas atau tidak. Kami hormati keputusan Muktamar Agung yang lalu dalam pemilihan pimpinannya dan semua resolusi –resolusi yang di ambil.

4. PAS Sabah ingin memberi amaran supaya pihak lain (orang luar) jangan cuba menangguk di air keruh dalam isu rumah tangga PAS. Kami percaya PAS akan tetap kukuh dan akan terus ada di persada politik tanah air dan memperjuangkan yang hak.

“ISLAM MENERAJU PERUBAHAN”

HAJI MUHAMMAD ABDULLAH
Pesuruhjaya PAS Sabah

“Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)”

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya. Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti  sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.  Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.  Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Dato’ Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini. Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

KOTA KINABALU : Rancangan kerajaan membina Empangan Kaiduan, Papar mendapat bantahan keras oleh penduduk di sembilan buah kampung. Dalam satu kenyataan akhbar wakil-wakil masyarakat kadazandusun di sembilan buah kampung iaitu, Kg. Terian, Kg. Babagon Laut, Kg. Timpayasa , Kg. Tiku, Kg. Buayan , Kg. Pongobonon, Kg. Kalanggaan, Kg. Timpangoh dan Kg. Longkogungan menyatakan mereka membantah projek empangan Kaiduan kerana ianya  akan menenggelamkan sembilan buah kampung dan memusnahkan hutan yang menjadi tempat penduduk mencari sumber rezeki. Continue Reading »

Ahmad Lutfi Othman

SEBENARNYA sejak dari awal lagi Bagan Pinang tidak menjanjikan peluang cerah untuk PAS menang. Mungkin tersilau dengan kemenangan 7-0 berturut-turut dalam semua pilihan raya kecil di Semenanjung selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008, maka penyokong Pakatan Rakyat pun turut ghairah untuk terus mencipta rekod.

Kedudukan kerusi Dun Negeri Sembilan yang menyaksikan buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga tambah meningkatkan lagi keyakinan bahawa Pakatan mampu memberikan kejutan.

Tidak cukup dengan itu. Jumlah pengundi India yang agak dominan di Bagan Pinang, iaitu sekitar 20 peratus, telah menguatkan jangkaan awal bahawa kubu BN di selatan Semenanjung itu boleh dirobohkan.  Continue Reading »

 

KHAS AKTIVIS PAS WARGA SABAH, SARAWAK DAN LABUAN YANG BEKERJA DI PULAU PINANG, KEDAH DAN PERLIS SILA HUBUNGI Anuar Ali di talian 013-8560679 DENGAN KADAR YANG SEGERA SEBELUM 16 OKTOBER 2009.

Satu perjumpaan akan diadakan pada 16hb oktober di Pulau Pinang

Berikan sokongan anda dengan undi sebagai takda sokongan terhadap tindakan undang-undang kepada SESB. 
 
http://www.petitiononline.com/dapsbh09/petition.html
 
http://dapsabah.org/category/location/show-hightlights/sabah-dap-online-petition-group-legal-action-against-sesb.html
 
http://sabahdapyouth.blogspot.com/2009/10/sabah-dap-online-petition-for-group.html
 
 
 Electricity woes exist since 1985 until today and Sabah today not even a day goes without a blackout occurring somewhere. There is bound to be a black out somewhere! The challenge before us that Sabah has achieved something that is against the will of the people. As a record, in Asia we are number one when it comes to ‘blackouts’.

We have to find a way out of this mess and we cannot leave the entire matter in the hands of SESB or TNB or the energy commission. In their hands electricity supply has became worst and worst though they had made many promises that the situation will get better. As an example the grid system when it was completed, where SESB director made a statement that ‘blackouts’ will become history.

So all the questions, suspicions, interfering of SESB that led to this mess are put into the open for the public to scrutinize. The best avenue is no other than the court.

That is why DAP has decided to lead the way to initiate this legal process which we hope to file the case beginning next month.

The objective of the legal process
1. To highlight the plight and predicament of the rakyat of Sabah to the national leaders. It’s not a matter of win or loss.
2. The process will serve as a serious lesson to SESB and Energy Commission as to their short coming. Serious enough for them to make serious effort to restore the supply of electricity.
3. SESB must be transform and serve the purpose of energy supplier. The role of effective supply of electricity to domestic and commercial just like other states. From the worst to be equal if not better than the other states. This is what we want to achieve in court.
 
Regards

John Lee
Sabah DAP Infrastructure Bureau chief

Next Page »